kalau rasa menarik like,tiada paksaan
sapa yang sudi ikut la
Khamis, 17 Disember 2009
selamat menyambut maal hijrah 1431..apa azam kita untuk tahun baru islam kali nh ya..??
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Rabu, 16 Disember 2009
apa perbezaan p1 wimax dan tm
Jumaat, 4 Disember 2009
bolehkah kita menjadi seperti itu..??
Namun perlu diingati,tidak seorang pun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hambaNya. Hamba-hambaNYA yang dimaksudkan adalah para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad saw, para sahabatnya, dan pewaris para nabi iaitu golongan ulama’. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para kekasih Allah adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.
Mungkin saat ini, selama kamu berada di medan menuntut Ilmu dan majlis Zikir, mudah untuk merasakan kedekatan kamu dengan Allah kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa kesusahan kerana berada bersama mereka yang terkadang tidak mengerti. Maka ingatlah! Bila seseorang hamba telah menjadi 'sahabat' Tuhan, semua orang akan menjadi sahabatnya. Berhasilnya pencapaian kedekatan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadrat Ilahi.Bukanlah dimaksudkan secara zahir menjadi menarik atau tertarik pada mereka tetapi tarikan melalui hati yg murni.
Guruku pernah bercerita padaku tentang kisah sepohon bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak terjangkau dan anehnya selalu dikelilingi oleh ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan bau wangi yang amat kuat dan siapa yang mengenakan wangian dari bunga tersebut akan dicintai oleh semua orang. Lalu aku katakan: "Guruku, izinkanlah saya pergi mencari bunga itu". Namun jawapan beliau: "tak perlu engkau ke sana. Sepanjang kamu bermuraqabah (waspada) akan Tuhan-mu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar) maka Allah akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarikan yang banyaknya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. Bahkan jika kamu hanya bangun di akhir-akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur, bahkan tidak melakukan solat, maka keajaiban akan muncul dan kamu akan penuh daya tarik seperti mana wangi bunga itu".
Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan meraih perhatian Tuhannya kerana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampun hamba-hambaNya untuk diampunkan dosa mereka, meredhai mereka, melimpahkan rahmatNya, bahkan memperkenankan doa mereka . Untuk itu sahutlah sarananku untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, Walaupun hanya 5 minit saja. Anda harus mujahadah (bersungguh), dengan keadaan suci / wudhu, lalu katakan pada Tuhanmu: Ya Tuhanku, datanglah padaku karena aku tidak mampu mendatangi-Mu. Do’a semacam itu cukup untuk memberi kamu perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kamu sebagai seorang ‘sahabat’ yang ditemani Tuhan.
Manusia melangkaui hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Itulah kehendak Tuhan, meminta kamu untuk bersamaNya saja, bahkan hanya untuk 5 minit daripada sekalian waktu kita yang digunakan untuk tidur atau bersenang-senangan. Siapa yang kembali pada Tuhannya di malam hari akan merasakan Allah itu dekat dan mampu untuk pasrah padaNya walaupun di saat-saat waktu yang terberat sekalipun.
Wallahu Waliyyuttaufiq
Isnin, 9 November 2009
PENTING!!
| ||||
Isnin, 2 November 2009
selamatttt..
Selasa, 27 Oktober 2009
mun dok diam2 nk tiup tepung nh...hehe
Assalamualaikum ..dan salam senyuman cinta kepada semua.kali ini wani nk cerita tentang kesabaran plak.almaklumlah macam2 dugaan yang berlaku keatas wani baru2 nh..mengajar wani wani erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi hidup .bayangkan ketika menhadapi dugaan .masih ada lagi orang yang inigin menanmbahkan keresahan diri ini..astagfirullahala’zhim..apapun sekarang wani dah dapat suntikan hebat dari mak dan ayah wani tak kisahla apa orang nak cakap yang penting diri kita adalah berada dalam pihak yang benar .kebenaran itu bersinar juga nanti,terima kasih mak n ayah…sahabat2 munirah.hanani.aisyah.sahabat ym yang sentiasa memberi semangat ya..!!k.lah apapun sekarang umur wani dan genap 19 tahun baru2 nh iaitu 25 oktober hari ahad.erm terima kasih kepada yang wish ya ingat juga b.o.d wani ya… ok..mari kita saksikan ketika sambutan birthday wani n sahabat yang lain….selamat hari lahir juga kepada semua semoga panjang umur dan murah rezeki.
Selasa, 6 Oktober 2009
jamuan raya dakwah...
diriku...semalam .....kini.....dan esok......
semalam pelbagai perkara yg berlaku ada yang mengembirakan ...nampaknya sudah lama sy x mengupdate blog ini ya...hurm belum telambat ag sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua sahabat dan kawan dan sesiapa sahaja yg mengenali diri ini,mintak maaf ya segala salah dan silap..erm semalam sudah berlalu...tp adakah ad org yg melalui hari kegembiraan spt semalam kita...tidak....atau ya...??
ya...sahabat semua mst sudah sedia tahu ap yg terjadi di indonesia skang ya..?tiada kata terungkap bila musibah datang kepada kita ....musibah yg datang adalah sebagai peringatan kepada kita sbg umat manusia yg sentiasa lalai dalam kehidupan....kita sebagai jiran negara mereka hanya mampu berdoa..agar segala apa yg terjadi ad hikmah yg terselindung yg hanya Dia sahaja yang tahu,....
kini....aku sedang sibuk menelaah pelajaran yg agak banyak...mungkin bukan saya seorg sahaja tp ramai ag yang sedang sibuk mengurus masa untuk study smart bg menghadapi final exam yg x lama ag akan tiba...erm tatkala diri ini sedang serabut dan kalut dengan final projek .presentation, study,laptop sy yg cun dan canggih nh buat problem ..huhu..maka tergendala lah segala kerja yg perlu dihantar semuanya minggu depan huhu..sesiapa yg dapat membantu sy ...sy ucapkan terima kasih bnyak2 ya....tp..jika sebaliknya..sy ucapkan terima kasih juga kerana anda telah buatkan hati sy terpanggil utk gelarkan anda semua sbg kawan bukan sebagai sahabat..
sesiapa yg sudi bantu saya .......sy terhutang budi dengan anda semua..syukran jiddan...
sekali lagi sy nk mohon kemaafan..kepad sesiapa yg selalu up 2 date ngan blog sy..krn x sempat nk update kerana terlalu sibuk dengan banyak perkara yg membantu untuk masa depan saya yg cerah lagi besinar..
esok.....ap yang akan terjadi esok kita tidak tahu..yang pasti..kita hanya mampu membuat perancangan tp..perancangan ALLAH lebih baikdan teratur lebih sistematik..erm sok pelbagai kerja yg perlu dilakukan exam.test.presentition..huhu..kerja lapangan...tp malas sebenarnya...huhu..apapun buat yg terbaik..ksetakat nh dahulu entry sy tuk kali ini ya semoga berjumpa lagi pd entry akn datang ...papai...wassalam..
Khamis, 3 September 2009
sahabat sahabat ingat 2 jngan dok menangis ja ya ish2..x baik sangat sedih2 nh..senyum sikit ya..maklumlah ni kan blog senyuman cinta k.lah..udah2 la 2 sedihnya nh sy nk tukar mood lain plak..
pada kali ini wani nak kongsikan sikit tentang pembacaan wani tentang buku yang bertajuk ajaran sesat yg ditulis oleh pensyarah di universiti wani iaitu ustaz Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi.tajuk buku ajaran sesat mengenali jalan yang terpesong .didalam buku ini ada menceritakan tentang ajaran ajaran sesat yang terdapat di malaysia ialah sebanyak 125 kumpulan ajaran sesat yg disenaraikan oleh JAKIM.ajaran sesat ini adalah istilah yang diguna pakai di malaysia ,istilah penyelewengan akidah adalah lebih tepat ,kerana mereka yg tergolong dalam golongan tersebut sudah menyeleweng dr akidah yg bersandarkan al quran dan assunah..........sambungan entry seterusnya....................................
boleh baca =)
Gadisku..sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum
bunga, harum aromamu bias menarik perhatian
sang kumbang untuuk mendekatimu.
Namun..tidak semua bunga senang untuk didekati
sang kumbang lantaran duri yang memagari
dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah
terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah yang
mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang..tetapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir bebarapa kali
untuk mendekatinya.
Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar
inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah
swt... hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu.
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada
sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara
yang didedahkan buat perhatian umum dengan
permata yang diletakkan dalam sesuatu bekas
yang tertutup..sudah pasti keinginan untuk melihat
permata yang tersembunyi itu melebihi daripada
yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan
patuh pada Al- Khaliq dalam melayari liku-liku
kehidupannya adalah harapan setiap insan yang
bernama Adam.
Namun..ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam
dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau milki
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah gadisku..sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan mempermudahkan
baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting
gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan
istiqamah...
Gadisku, akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian
malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah
tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang
bahaya dirimu
tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih
bermaharajalela selepas wafatku terhadap kau
lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita
Oleh itu gadisku setiap langkah dan pakainmu
hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan
Sunnah, jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan
tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid
dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia
dengan sentuhan lembut tanganmu.
Buat akhirnya..sesungguhnya ilmu itu cahaya dan
ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang
melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-
kata seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai
renungan bersama
cintakan manusia itu tidak mewujudkan
kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan
kerana ia tidak kekal. Cintakan seringkali
membuatkan seseoang itu gagal, kecewa
menderita dan tersiksa. Oleh itu tidak ada cinta
pun yang dpat membuahkan kebahagiaan dan
kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada
Pencipta manusia itu sendiri
moga2 kita akan berusaha utk meningkatkan lagi
kualiti diri kita sbg muslim. smg hari ini lebh baik
dr semalam.
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"
Isnin, 17 Ogos 2009
Kelebihan-kelebihan yang mungkin kita sedar
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari..
Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman...
Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan...
Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik..
Maka pertahankanlah keindahan ini...
Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami..
Penegak kalimah Allah di muka bumi..
Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan...
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan...
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan...
Walau perit mana pun perjuangan...
Sesukar manapun perjalanan..
Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad..
Mara dalam perjuangan Islam..
Nahnu Ansarallah...
Rabu, 12 Ogos 2009
loading...................................
Khamis, 30 Julai 2009
rintihanku sebagai hamba yg hina
Apa yang kita impikan di benak hati kadang ada yang melampui fitrah manusia..tp ingatlah Allah itu adil pada setiap hambaNya…kadang kadang kita perlu menangis agar kita tahu bahawa kehidupan ini bukan sekadar untuk ketawa ,dan kadang kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya air mata..apabila aku renung sejenak kalimah ini.aku rasakan diriku amatlah kerdil dan terhina ,.. bila aku kadang2 ketawa semua nampak gembira dan bila aku menangis setiap kali dalam keresahan tiada siapa yang pedulikan tentangku..hanya ALLAH yang satu..yang sentiasa memahamiku.setiap genap kalbu,apa yang aku rasai..manusia..kadang melihat manusia lain menderita pelbagai respon yang dapat kita lihat ada yg menangis ad yang ketawa sinis..mengapa.??mungkin kerana itu adalah hati masing2 tiada yang dapat baca dan tahu melainkan ALLAH S.W.T ..apabila aku berdiri disamping keluargaku aku lebih berasa disayangi apabila aku berdiri bersama rakan2ku hati ku sentiasa berbelah bagi dan bila aku berdiri disamping org yang aku sayangi hati aku menjadi resah..masyALLAH..subhanALLAH JAUHILAH AKU DARI SEGALA PERKARA YANG AKAN MEMBAWA KEPADA KEMUNGKARANMU..AAMINNN.
Esok aku rasakan adalah peluang kepadaku untuk berubah “sesungguhnya tiada sipa yang akan merubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya.”kadang2 juga aku tertanya sendirian salahkan aku menjadikan orang di sampingku gembira tapi kenapa ada segelintir yang masih bermasam muka denganku.berat mulut menegurku..tapi ketahuilah wahai sahabat.dirimu akan aku maafkan kala aku ingin melelapkan mata dan aku berdoa semoga sahabat2 sentiasa diberi petunjuk dan hidayah…hati ini kerap menagis jika sikapku sendiri ini akan menyakiti hati sesiapa x kiralah samada hati ayah dan ibu aku sendiri ,hati sahabat2 sendiri serta hati org yang selalu ada disisi..bagi aku semua orang boleh dijadikan kawan…tp kawan juga ada batasanya..aku mengaku apa ertinya hidup jika tiada kwan disisi.tapi bagiku sendiri apa yang terbaik ialah kebebasan dr memikir dr segala masalah yang boleh mendatangkan perasaan hasad dengki pada kita..dan bukan itu sahaja..aku juga merenung kata2 ini orang yang ceria dan matang ramai kawan kerana dalam setahun kita akan dapat kawan dan musuh pulak senang dicari dalam masa sekelip mata..aku renung diriku,aku selidiki diriku..air mata ini mahu sja menitis tp..aku masih ada prinsip..biarlah hanya seorg yang x sukakan kita dan x semua kan puas hati dn sukakan kita aku tahu diri ini adalah insane yang kerdil jika aku berdamping serta bersemuka dengan ALLAH YA RABBI…KAU TABAHKANLAH HATIKU.KAU TITIPKANLAH KECEKALAN PADA HATIKU..KERANA AKU TAHU,,SETIAP DUGAAN YANG KAU BERI PADAKU ADA HIKMAH YANG TERSENDIRI KAU AMPUNKANLAH DOSA DOSAKU INI YA ALLAH….SUBHANALLAH………
Yang merintih..yang memohon ampun…
Ikhlas dari benak hatiku…
Keekalan kekuatan senjata yang paling agung dalam menjaga hati…
Sabtu, 25 Julai 2009
wah penatnya.......
tp bila dah diajar cmner nk berenang nk apungkan diri dalam air..wah rasa cam x nak naik dah kt darat hehe best sangat..x caya...?? mai cnie ....cuba tanya kawan wani yang pi sama..memang syok habes laa..ermm setakat ni dulu la nk update nh bukat nk ngarut tp nk cter cket laa..haha..
k..papaiii
Jumaat, 3 Julai 2009
jumpa lagi kt terengganu
Wani harap sahabat semua sihat disamping keluarga tersayang.terlebih dahulu wani panjatkan
Kesyukuran kepada illahi kerana masih memeberi peluang kepada wani untuk melihat keindahan alam
ciptaanNYA…selawat serta salam terhadap junjungan nabi rasulullah s.a.w serta keluarga sahabat
sahabatnya..
hah hari sabtu 4 hb julai..wani dah nak bertolak ke terennganu wani akan bertolak dengan bas tasik
kenyir pada pukul 9 setengah malam haha abg wani ikut sekali jugak bukan apa dia nak ikut bagi ja la
mai Terengganu nanti boleh la tolong angkat barang wani yer haha wah tak sabar rasanya nk nerjuang
menuntut ilmu semula erm sem lepas macam macam dugaan yang wani tempuhi Alhamdulillah dengan
izin ALLAH wani dapat teruskan pengajian wani semester 3 plak alhamdulillah subjek pon makin mantap
dah maklumlah dah makin naik sem makin susah la kan huhu
apapun sahabat semua doakan wani selamat sampai disana ye..dan selamat menempuhi ujian yang
mendatang.doakan kesihatan wani semakin baik juga maklumlah akak sebilik yang dulu dah tak ada dia
nk konvo dah jadi tak dak dah tempat nak bermanja hehelepas ini wani pulak yang kena pandai dah
tak ada sapa nak tolong dah .
bukan itu sahaja wani nak ucapkan selamat berjuang dan selamat bertemu semula kepada sahabat
dakwah ana tak sabar rasanya nak jumpa mereka yang selalu sporting dan aktif tu.hah asrama pon dah
taw dok kat mana dah kan jadi redha la..sumer budak dakwah dok kt blok ummu umairah hehe wani dok
kt tingkat dua macam sem lepas gak ummu umairah 205 lagi haha best2 sahabat yang lain semua dapat
tingkat 3 redha ja lah..
setakat ini dahulu …….kita jumpa disanaaaaaaa yer sahabat semua
Sabtu, 27 Jun 2009
terima kasih banyak2 pada orang yang selalu memeberi nasihat kepada wani...
1. Barangsiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Barangsiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Barangsiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali sumur selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Barangsiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung (hewan).
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kepda ibu dan ayah..(terima kasih kepada penghantar mesej ini)
ermm...
terima kasih banyak ana nak ucapkan kepda sahabat2 ana yang tak jemu memberi kata nasihat dan juga semangat.tidak kiralah yang baru kenal atau yang dah lama samada muslimin atau muslimat..yang penting nasihat itu sampai ke benak hati ana..
susah nak mencari sahabat camni.yang ana hargai akak sebilik ana dulu kak teh shazlin,yang selalu jaga wani ketika ana sakit malam2..maklumlah..sakit bukan kenal masa dan tarikhnya.untuk sahabatku ummi,terima kasih juga.selalu menemani ana walau kemana pon. sahabat ana munirah.teruskan perjuangan. we get the same result right..?!..usaha lagi...sahabat ana suhaila..walau apa pon kata2 pedas yang dikeluarkan..insyaALLAH..kita mampu melawan lagi...berjuang demi hidup..yang penting kita x ganggu hidup orang..hidup kita dah bahagia..hah tidak lupa kepada sahabat ana yang berada di uitm s.alam.moga dirimu dilembayungi dengan rahmat kasih sayangnya.dirumu telah banyak mengajar ana erti kehidupan.
hati ini resah apabila.ana terima mesej2 yang tidak sepaptutnya.dalam telefon ana,sedarlah wahai penghantar mesej.org yang menerima mesej (ana).mahukan ketenangan.walaupun ana tahu gerangan penghantar tersebut muslimin,
kali ini ana ingin seribu kemaafan jika ada termengumpat.atau tercela sesiapa sahabat.kalau ada sahabat yang terasa dengan sikap ana .beritahulah.tegurlah ana,sesungguhnya teguran sahabat semua dapat mengubah diri ana.
salam kasih...dan senyuman cinta...
KEPADA SEMUA, TOLONG FORWARD LA, KEJE GILA ORANG AMERIKA NI, PAKAT2 DOA SUPAYA ALLAH BALAS PERBUATAN MEREKA YG BUAT SEMACAM MENGHINA KAABAH DAN AGAMA
Allahumma munzilal-kitab, sari-‘al-hisaab, ihzimil-ahzaab. Allahumma ihzimhum wazalzilhum.
|
|
Rabu, 17 Jun 2009
ALHAMDULILLAH....aku bersyukur dengan nikmat MU...
Jumaat, 5 Jun 2009
hah..!! kot2 la ada sapa2 yang dah nak kahwin ka...or nk tunang ka...atau pi bercuti ka...atau apa2 saja la...yang abg senior ana abg aizat abg dia tunang hehe..bgus2...abg aizat bila ag..hurm..
sekarang ana plak nak citer pengalaman ana..jadi guru pengiring..kat adik2 sekolah rendah haha...lawak betol la...susah betol nak kawal budak ...erm nak dijadikan citer la..adik ana yg 2 org 2 pon pi gak..alah bukan pi jalan mana2 pun cuma pusing satu alor setar ja..tp pinya la excited adik2 nh..erm sumernya 55 org termasulah N cikgu kesayangan diorang la hihi...cikgu ibrahim..
awal2 pagi kul 7 pg dah terpacak dah kt depan masjid..punyala semangat budak2 nh...ish2..x tau nk kata apa dah..erm destinasi pertama budak2 nh ialah menara alor setar..erm masa dok naik ngan adik2 nhwah macam ragam ada...x per lah biarlah ...
destinasi kedua plak..rumah tun dr mahathir muhammad.lepas tue pergi muzium negeri kedah ...kat situ diorang sempat ag men game kete ish3...bestkan jadi budak2 pi sana main..pi sini main..x payah pkiaq apa2...ermmm kemudain berenti jap pi makan kat taman permainan stadium darulaman....kemudian pi solat zohor kat masjid bukhari...selesai sudah solat ..jalan ag...destinasi seterusnya ialah muzium padi erm best kat sini...kita dapat tengok seluruh negeri kedah...dengan lukisan ja...adik2 nh apa lagi terpegun ja...haha..kemudian kitaorang pi kuala kedah..ingat nak naik bot tapi dah x der dah....jadi kami semua terus pi tesco ..apa lagi adik3 nh shopping sakan la...jenuh ana dok ikut..jap2 pngil kak wani..kak wani nak beli nh....kak wani tolong bayar...wah penat...apapun adik2 dapat pengalaman la yer...
erm i2 jer la ana nak citerkan serba sedikit..hehe..nak tulis banyak ag tapi penat daa taip...huhuk....erm apapon manfaatla cuti anda ngan sebaiknya...
Ahad, 24 Mei 2009
tolong ayah....kan baik...tolong mak kan bagus...tolong family kan rajin...
ap kabar sahabat sekalian...
baik2 yer....
erm klu yg sihat alhamdulillah....
kalau yang kurang sihat makan ubat,...yer...
dah seminggu x update blog nh....ish3...sibuk...
maklumlah pi tolong ayah wat keje best ,,,,
gajinya agak lumayan lagi hehe.....(mata duitan btol yer).....
sebenarnya ana x pi mana 2 pon dok umah jer..huhu..
jadi ayah ana ajak pi wat keje...
dengar nama keje nh...
cam teruk..or susah...
tp rupanya senang jer....
tp.....(bapa bnyak tp da...)
memang kena kuat hati....n jangan mudah putus asa....
kejanya...pendawaian elektrik...
ayah dapat bnyak projek...tp kekurangan pekerja...huhu...
tp x apa la..
nanti dah dapat pitisnya...
x perlu dibayar kt org lain..
bayar kat anak sendiri ja....walaupun keje sehari tp dah ada gaji dah...
wah cayalah ayah....(bleh ar keje ngan ayah ag...cuti sem akan datang....)
amacam sahabat x nak join ka...lumayan nh...
keje nih agak susah kalau org yang setahun jagung cam saya nh,,,
erm terhegeh2,,peralatan pendawaian pon tak taw sangat..ish2...ari 2 ikut ayah buat pendawaian kat sbuah rumah banglo nh...
semangat tahap maksimun nh...
pasang lampu...downligt kat sebuah rumah agak2 dalam 20 gak laa...
dengar cam cket...
tp bila nak pasang wire dia...
fuh..!!dugaan sangat2...yer la kena panjat siling...ish3....yang paling kesian kat ayah ana la...
dah la pukul 11 pg mataharinya dah tegak kt atas kepala...
bayangkanlah....panas...!!!
betapa ayah sanggup berkorban demi mencari sesuap rezeki....
ana mula wat keje ngan ayah pukul 8 pg...sampai la pukul 5 ptg...
wah macam org keje pejabat lak yer....hehe...lepas balik rumah kena pulak jadi guru tuisyen kat adik2...
apa ag....ajar..!!hehe
mujur adik 2 org ja...tue pon dah pening kepala....
ish3...
sok plak......my bro come back...
so kami 3 orang plak wat keje.....
ap pown best la keje ngan ayah...
kawan2 nsahabat2 wat la benda yg berfaedah ketika cuti semester yer...hehe
Sabtu, 16 Mei 2009
selamat hari guru
diucapkan kepada semua guru di malaysia.....
terutamanya guru yang mendidik dan mengajar saya
iaitu cikgu azalina.cikgu yunus,cikgu shamsul cikgu amizah.cikgu idayu,cikgu roslan ,cikgu hamdi,cikgu samsudin,,dan semua guru di sekolah kebangsaan kubang palas...
kemudian...
cikgu2 yang mengajar saya di sekolah menengah kebangsaan padang terap...
iaitu yang saya masih ingat la ,,,cikgu sains saya,,cikgu hafiza...erm manakala semua guru di sekolah menengah kebangsaan agama kedah.alor setar iaitu cikgu kesayangan saya cikgu rofidah cikgu sains.cikgu sobri cikgu add math dan semua guru yang mengajar saya sepnjang saya bersekolah disitu....
moga hidup cikgu semua sentiasa bahagia dibawah rahmat kasih sayang ALLAH....
.........TERIMA KASIH CIKGU.....
Selasa, 12 Mei 2009
semoga menjadi iktibar ye... tidak ter lambat ag untuk ana mengucapkan selamat hari ibu.. untuk semua ibu2.. hargailah dan hormatilah ibu kita setiap masa bukab time ari ibu je k.... |
PERNAHKAH ANDA MENANGIS....
PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.
Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Tangis tercela atau terpuji?
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Air mata taubat Nabi Adam a.s.
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”
Air mata yang tidak dituntut
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
- Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
- Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.
Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Air mata tanda rahmat
Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.
Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."
(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.
Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
--
- BawangGoreng -
http://bawangorengn et.blogspot. com/
http://mambangdiawa n-kiosk.blogspot .com/
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
__._,_.___