kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Sabtu, 14 April 2012

KISAH paku dan dinding






Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik apabila ada pihak yang ingin menceroboh kesucian agama dan akidah yang kita pegang.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah
kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram.
Jika berdiri duduklah
Jika duduk berbaringlah agar api kemarahan akan beransur hilang dan padam
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Terdapat sebuah kisah mengenai tabiat marah ini yang mana mengisahkan seorang ayah yang mempunyai anak yang mana anaknya tidak tahan dengan tabiat marahnya,maka pada suatu hari ayahnya menghadiahkan seguni paku kepada anaknya,berkata ayah
“jika setiap kali kamu marah ,maka kamu pahatkanlah paku ini pada dinding ,agar ia dapat meredakan perasaan marah itu,”
Maka setiap kali anak itu marah ,banyaklah paku yang dipahatkan di dinding sehingga beberapa hari ,berkuranglah paku yang ada padanya,maka dia bertekad ingin berusaha menahan marahnya.setelah sebulan lamanya maka hilang sudah rasa marahnya.maka dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada ayahnya.ayahnya sangat gembira,kemudian ayahnya menyuruh anaknya mencabut semula paku yag dipahatkan didinding,usai dia mencabut semua paku-paku tersebut ,maka ayah berkata kepada anaknya ,lihatlah kesan kesan paku yang ada pada dinding tersebut,berlubang –lubang bukan.maka itulah kesan marahmu pada orang yang kau buakkan rasa marahmu,amat berbekas.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...