kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Sabtu, 20 Ogos 2011

perjalananku masih jauh.

Benar perjalanan hidup ini masih jauh
Masih dalam kesamaran
Masih jauh untuk menggapai impian
Bagaikan masih di tahap permulaan
Tidak begitu mudah untuk meneruskan perjalanan

Masih banyak liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi
Jika dirasakan kehidupan kini tidak mampu dipikul lagi
Apatah lagi bebanan yang bakal timbul pada hari yang mendatang
Di dalam alam yang berbeza
Bersama rintangan yang semakin memberat sarat

Apa yang diharapkan agar segala urusan dipermudahkan-Nya
Apa yang dinantikan agar bersinar kehidupan di masa hadapan
Perjalanan yang panjang dan masih jauh harus sahaja diharungi
Kekadang terasa waktu begitu singkat
Hari berganti hari, dari bulan ke bulan hinggalah tahun ke tahun
Segalanya telah dijalani namun masih dalam kekaburan


Terasa banyak lagi yang belum dimengerti
Terasa banyak lagi yang perlu dipelajari
Terasa banyak lagi yang perlu diperbaiki
Terasa banyak lagi yang harus diredahi

Bersama tiupan angin yang dingin
Diriku terbang membawa haluan
Bersama deruan ombak di lautan
Diriku berlabuh mencari laluan
Dalam sebuah perjalanan
Perjalanan yang tiada kepastian

Peringkat demi peringkat perjalanan.. Tidak lengkap tanpa pengorbanan.. Tidak terasa tanpa cabaran.. Harus dijalani dengan kesediaan..Sehingga terkadang tersungkur di tengah perjalanan.. Terkadang dibuai lena dek kerana kelelahan.. Perjalanan yang kurasakan masih jauh

Bukan sesuatu yang mudah untuk meniti titian sebuah kehidupan.. Ia menuntut berganda-ganda ketabahan.. kesabaran.. kesungguhan.. Tidak cukup dengan itu, ia juga menuntut berkali-kali pengorbanan.. pengertian.. Adakalanya sebuah kehidupan dihujani dengan pelbagai persoalan.. tanda tanya yang mampu dirungkai atau sebaliknya menjadi sebuah misteri


Benar perjalanan hidup ini masih jauh.. tidak kunafikan.. masih terlalu dalam untuk diselami.. masih terlalu awal untuk ditafsirkan.. Allahu a'lam

p/s=http://neutralnature.blogspot.com

Isnin, 27 Jun 2011

Hayati Roh Isra' mikraj



Assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua.

Esok 27 REJAB (terbenamnya matahari 28/6/11) merupakan hari yang begitu bersejarah dalam ISLAM di mana berlakunya Isra' mikraj..

Solat 5 waktu menjadi satu resolusi perjumpaan Nabi yang kita sayangi,Nabi Muhammad s.a.w dengan Tuhan yan Maha Satu,ALLAH.Imam Ghazali pernah berkata bahawa kita bukanlah umat ibadah selari dengan pentaklifan hanya 5 waktu solat sahaja ditaklifkan,bukan sepertimana umat2 terdahulu yang mana merupakan umat ibadah,tapi menurut imam Ghazali,kita merupakan umat dakwah,menyeru kepada kebaikan dan membanteras kemungkaran.

Justeru,sempena Isra' mikraj yang menjadi saksi ini,ana minta sahabat2 sekalian,ayuh kita sama-sama muhasabah diri kita,sejauh mana telah kita berkhidmat untuk ISLAM,apakah kita dapat mengecapi redhaNYA,apakah tindak-tanduk kita selari dengan ISLAM...sama-sama kita fikirkan..



Ahad, 26 Jun 2011

Tudiaa....

Assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua peembaca blogku semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..(^_^),
kali ni tak ada apa yang nak diceritakan cuma saya nak kongsikan sedikit gambar gambar yang saya dapat dari google imej,jadi bila teringat warna kuning macam teringat sesuatu,apa benda ya,,?? bukan demam kuning ya..!! hehe
mari kita layan gambaq2 ini semua.entry ini tiada kaitan antara hidup dan yang mati jika ada persamaan mungkin kebetolan saja tue...peace yo..(trademark sepah) saja ja..





wah sejuknya mata memandang tengok padi pon bewarna kuning,prinsip padi semakin semakin berisi semakin tunduk,maksud dia..kalu dah kaya jangan dok sombong...



manisnya rambutan nih...haa makan rambutan banyak tak pa..jangan terlenih durian..klu nk makan banyak kena prepare ayaq kaki tiga ,alaa ayaq badak tue..



ni kepala gading ..eh clap kelapa gading..ini airnya dia boleh jadi ubat sejuk badan.



ini pulak buah pisang takkan x kenal plak kan,,pisang ini memberi anda tenaga..banyak khasiat nih...


sunflower...sungguh indah di mata...kat mana tak taw ni..cantik nih..klu ada kebun bunga camnih,bleh la kot buat perusahaan makanan kuaci...hehe





buah mangga ni banyak masa musim dia dlu..skang dah musim durian..jarang nampak dah..takpa insyaALLAH tahun depan pulak.


buah jagung pun banyak khasiat jugak,tapi kalu makan banyak kena hati hati jgak..tapi jagung korea sedap berbanding jangung Malaysia.maniss aja.



spongbob squarepants...kegemaran kanak2,,tapi apapon jangan sampai overdost kartun ja ,takot nanti terpengaruh,kalu tiru yang dia suka tolong orang tak apa...(^_^)

sekian sahaja ..sekali lagi diingatkan entry kali ini tak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati.

Jumaat, 10 Jun 2011

Hikmah disebalik ujian ALLAH keatasku


Assalamualaikum dan salam senyuman cinta ,apa khabar sahabat sekalian semua, semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa
.Sepanjang hidup kita tak akan pernah lari dari ujian.sesungguhnya ujian yang Allah berikan keatas kita ,Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya dan seseungguhnya Ujian itu merupakan tanda bahawa yang Dia sayang kepada semua hambaNya.bersangka baiklah kepada Allah.bukan itu sahaja,setiap ujian ALLAH itu mempunyai hikmah tersendiri.jangan ce[at melatah ketika ujian menimpa kita,bersabar sesungguhnya orang yang bersabar mendapat tempat tertinggi disisiNya.



sesungguhnya taqdir Allah ‘Azza wa Jalla terhadap manusia itu ada yang bersifat menyenangkan dan ada yang bersifat menyakitkan.
Taqdir yang bersifat menyenangkan perlu ada rasa syukur, sedangkan syukur itu sendiri termasuk dari ketaatan, . Adapun taqdir yang bersifat menyakitkan; yaitu yang tidak menyenangkan manusia, seperti seseorang yang diuji pada badannya dengan adanya rasa sakit atau yang lainnya, diuji pada hartanya –yaitu kehilangan harta, diuji pada keluarganya dengan kehilangan salah seorang keluarganya ataupun yang lainnya dan diuji di masyarakatnya dengan difitnah, direndahkan ataupun yang seumpamanya.
Semua ujian itu sangat memerlukan segunung kesabaran dan persediaan menanggung bebannya, maka seseorang harus menahan jiwanya dari apa-apa yang diharamkan kepadanya dari menampakkan keluh kesah dengan lisan atau dengan hati atau dengan anggota badan.
Allah berfirman:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)



saya mengalami kemalangan 3 hari sebelum peperiksaan Akhir semester akhir bermula.pada masa tue tak terungkap dengan kata kata kerisauan ,itulah minggu ulangkaji orang belajar saya balik rumah .saya balik rumah sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikan jadi terpaksalah balik.Alhamdulillah Allah selamatkan dari kecederaan yang teruk hanya cedara ringan, semua jari jemari sebelah KANAN saya patah .seperti yang sahabat tengok didalam gambar diatas.begitulah rupanya.didalam kepala tak fikir benda lain dah hanya fikir macamana nak menulis dalam exam ja.

Setelah dua bulan berlalu,baru saya terfikir hikmah disebalik apa yang berlaku keatas diri saya.
Yang pertama
Sebelum balik ke kampus,malam tue pergi berjumpa dengan tukang urut dia urut dan perbetulkan jari jari yang patah ini.kemudian mak cik tu berpesan suruh pantang makan makanan yang berminyak,makan makanan yang manis,ayam,makanan berempah,minuman sejuk.haa disinilah hikmahnya,sepanjang minggu peperiksaan berjalan saya hanya minum air masak 3 botol sehari lain daripada hari2 biasa la kiranya,kemudian hanya makan makanan yang bersup.nak pastikan otak kita cergas kan kena banyak minum air,Alhamdulillah badan saya sihat sepanjang minggu exam.
Yang kedua
Saya ini adalah seorang yang tergopoh gapah jadi kalau macam jawab soalan tue kan mesti nak cepat cepat siap kemudian nak keluar awal dari dewan exam konon dah pandaila siap awal kan..(isk2)..bukan tahu jawapan sangat.(haha)jadi bila tangan dah sakit nie.terpaksalah lambat tulis dan semasa lambat menulis tue rrupanya banyak idea idea bernas yang datang berbanding saya tulis cepat.alhamdulillah.keputusan exam pon gempak.semuanya ada telah dirancang dengan baik .ALLAH adalah sebaik perancang.
Yang ketiga
Walaupun susah nak hidup dengan mengunakan tangan kiri sahaja sekurangnya tangan kiri saya dah semakin pandai menyelenggara dan membuat kerja walaupun bukan kidal ,macam menulis,saya dapat rasai macamna orang yang kekurangan sebelah tangan.alhamdulillah
,sebelum tue wani nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang berkenaan yang banyak membantu sepanjang tangan wani dalam keceraan.terutamanya my lovely ex-roomate tolong iron baju segalanya la.munirah tolong angkat buku dan keperluan exam,kak nana tolong sepanjang jadi housmate,iffah tolong angkat barang yang berat,terima kasih pada semuaaa.semoga ALLAH sahaja yang membalas budi kalian.

Ahad, 29 Mei 2011

beza antara MANUSIA dan ORANG.

Assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua sahabat yang sudi membaca update saya kadang tak menentu ini,apa khabar sahabat sekalian,sihat?didoakan semoga sahabat berada dalam sihat disamping yang tersayang.entry kali ini tak berapa nak menarik sangat la sebab dah lama tak brainstorm almaklumla dah hbes belajaq jadi skang sedang menjadi pekebun anggur yang tak Berjaya la sangat,Alhamdulillah sepanjang tiga tahun belajar dan enam sem mencurahkan taat setia dan jitunya dalam menuntut ilmu demi menunaikan hasrat yang terpendam mak dan ayah,jauh saya merantau ke timur Malaysia,demi mencari secubit ilmu,erm kalau nak dikatakan dengan saya nih mmg secunit ilmu aja la.iyalah bumi Allah kan luas,masih banyak lagi bumi2 yang belum dijejak.keputusan peperiksaan semester akhir mmg mumtaz bagi diri saya la ,setelah bersusah payah berusaha mengharungi kepayahan.target untuk sifar C tercapai juga akhirnya,tapi hajat tak sampai untuk dapat anugerah Dean list,apapun syukur ALHAMDULILLAH,Allah dah beri yang terbaik untuk diriku.haish panjang pulek yo eden bercerita.



Dah nak masuk sebulan jugak la,duduk kat umah,rehatkan minda((”terlebih rehat”)),jadi selain menjadi surirumah sepenuh masa,masa yang terluang dipenuhi dengan melayari internet ni la.,penuhi jemputan kenduri kahwen yang agak banyak la jugak dalam musim cuti sekolah nie,then buat soduku.baca buku sikit((“ececeh bajet bagus la”))..dah tak taw nak buat apa dah baru tengok television,nak taw sebab apa TV nih jadi last choice,sebab eden takot nak tengok TV sekarang entah apa2 ceritanya haish,kalu bukak pon tengok Bola ja ((“hehe”))..then tengok berita..erm kadang tengok aja berita tue sekadar ambik tahu aja,mana taw masuk dalam interview ka soklan pasal berita2 semasa.nak dikaitkan dengan TV nie,saya rasa paling banyak sekali cerita tentang hantu,huh.!! Itu yang ceq tensen tu,x dak ka pasal citer lain yang menjana minda sedikit,((“alahai”)),sampaikan aik ceq pon dah tergolong dalam kanak2 penakut payah2.hurm sekarang kan sebenaqnya orang takot dengan hantu or takut dengan orang.mengikut istilah manusia dan orang mengikut kamus Al palasi ai de weixiao.((“jangan marah ya! Dewan bahasa dan Pustaka”))
Manusia.
Seseorang yang berfikir berdasarkan akal dan hati apabila melakukan sesuatu
Orang
Seseorang yang berfikir berdasarkan nafsu dan ikut suka hati dia saja.
Sekarang macam kejadian yang berlaku yang diluar batasan manusia,kiranya orang la tue kan.dah tak boleh diguna pakai tittle manusia tue.dan zaman sekarang kalau orang dah tak pandang pada agama yang dia pandang ada harta ke tidak?,cantik ke tidak?,naik kereta apa.?kerja apa?belajar sampai peringkat apa..ececeh come on la orang2 suma…memang la zaman sekarang perlukan duit,tp adakah duit tue boleh dibawa masuk sekali dalam liang lahad,
petikan lagu((“bila izrael datang memanggil….(..)”))…((amalan dan taqwa jadi bekalan…sejahtera bahagia pulang kesana…”))…..tudiaa lagu nasyid.
ajal datang tak kira tempat.dimana saja nyawa kita ditarik apa yang ada kt kita ni bukan milik kita.
petikan lagu ((“mana milik kita,tiada milik kita,semua yang ada ALLAH yang punya…..(..)”)).
Bagi semua yang begelar manusia ingatlah kita datang sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ALLAH .Dia yang punya semua nie,jangan dok sombong sendiri sangat.ayat yang kita selalu dengaq kan…
.”buatlah kebaikan cegahlah kemungkaran”…..penah kan? jangan dok kata bosan plak ..penah dok amalkan dak ayat ni..??pernahkah ampa semua cegah maksiat kt tepi2 jalan ,melambak2 sekarang,buka kata ampa saya sendiri pon malu …takut..suma ada la (( “kecewa dengan diri.”)).i2 la sifat yang ada pada orang.jadi pesan saya pada diri saya sendiri dan sahabat2 jadilah MANUSIA YA..!!!
Wallahua’lam…..jaga diri jaga iman……

Selasa, 5 April 2011

SEBIRU HARI INI

Assalamualaikum dan salam senyuman cinta atau in mandarin Ai de weixiao diucapkan kepada semua pengikut blog yang saya sayangi.apa khabar semua sahabat .saya mengharapkan semua berada dalam keadaan baik dalam menjalani kehidupan.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,setiap yang hidup akan mati begitulah perkara perkara yang bukan lagi luar biasa bagi seseorang yang bernama manusia .bumi ini bulat kekadang kita diatas dan kekadang kita dibawah,dan kalu hari ini kita buat orang tunggulah masa orang akan buat kita pulak.
penulis kali ini dalam mood study Almaklumlah penulis hanya mengira hari sahaja kerana tak lama lagi tamatlah dulu pengajian penulis dalam bidang diploma,insyaALLAH ada rezeki ingin menuntut ilmu dan menimba pengalaman di tempat lain pulak.hidup ini tak pernah berhenti dalam perjuangan,jadi disini penulis mahu kongsikan kenangan yang terindah bersama sahabat sahabat dakwah.setelah 6 musim bersama iaitu selama tiga tahun mengharungi pelbagai cabaran suka dan duka..perit dalam menuntut ilmu.
saya tujukan lagu ini buat sahabat dakwah semester 6.



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.







Jumaat, 11 Mac 2011

Takkan nak tunggu musibah kena kat hang baru nak sedaq...!!

assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua pen"follow" blog ,wahh..(bukan menguap)..sudah agak lama tidak mengupdate blog..perlu amik masa yang lama untuk renovate semula apa yang patot kerosakan dan kelemahan (bunyi cam nak memperbaik umah aja). apa kabar iman sahabat2 semua saya harapkan,iman sahabat semua dalam keadaan stabil dan meningkat tak mau turun turun ya!!...(pesan kat diri sendiri juga).kebelakangan ini,pemulis sibuk(konon la) dengan macam macam perkara itu yang x dan(sempat) nak update blog tue..apapown hari ini dengan iltizam yang tinggi dan jitu.jari jemari menari diatas keypad laptop yang baru di format(banyak virus da).ok lupakan celoteh2 yang tak berapa nak lawak nie.......!! dah nak masuk entry sebenaq dah ni..

"takkan nak tunggu musibah kena kat hang baru nak sedaq kot..!!

latest news:tsunami melanda jepun pada 11/03/2011.semua orang terkejut,sedih,gelisah atau mungkin ada yang gembira ,itu orang yang tak cakna dengan berita dunia la tue.(sedaq la)hidup biar bermasyarakat.malas la nak berleter banyak sangat cuba ampa tengok video nih sumber dari BERITA HARIAN ONLINE.










.."dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri ,maka kami perintahkan kepada orang hidup mewah di negeri itu(agar menaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kedurhakkan didalam negeri itu maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan hukuman kami kemudian kami binasakan sama sekali negeri itu".. surah al isra' ayat ke -16.

apa yang hendak disimpulkan berdasarkan ayat diatas Taatlah kepada ALLAH pencipta alam ini ,janganlah kita semua dok wat onar diatas muka bumi yang Dia wat tuk kita beribadah kepada ..bukan kita suka suki dok wat tak tentu hala..buat berbaik berpada pada buat jahat jangn sekali..hidup dunia hanya sat ja(seketika sahaja)jadi kita tak tahu bila ajal kita tidak semestinya ajal itu datang awal pada orang yang sakit sakit teruk sahaja..tapi orang yang sihat walaafiat ni..akan ditark nyawa tak kira lah dimana jua kita berada ,apapun berdoalah semoga kita mati dalam keadaan husnul khotimah.

ada lagi nih nak tambah,nak bagi sedaq bagi orang orang yang dikatakan banyak duit nie ,ampa toksah lah dok berlagak sangat,duit ampa tak kemana pon,takleh nak bawak masuk kubur,ALLAH LAGI KAYA ampa semua,jadilah harta ampa tue cer bagi kat orang orang yang tak berapa nak bernasib baik,tak berkurang aih duit ampa,asanya lagi bertambah ada la.cer ampa try..bukan tue aja..lagi bertambah la catatan untuk malaikat raqib yang sebelah kanan kita.(ingat malaikat tue sokmo dok ngan kita..)!!

Ingatlah sahabat2 nak ditekankan disini lagi..."dari ALLAH kita datang,dan kepada ALLAH kita kembali."...

..jangan ampa dok pikiaq ampa muda bleh hidup lama ag..
come on la..ampa pakat ambik dan renung2kanlah sendiri..tak tau nak ceghita(cerita) camna dah.semua pakat pakat dah besaq,boleh bezakan antara yang baik dan buruk.

*p/s = kata kata cerdik entry kali ini..<<< dapat berita..siasat dulu..kaji dulu..baru bertindak ok.?

selamat......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...