kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Khamis, 30 Disember 2010

orang Yang Terasing

Pernahkah anda berasa terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketahuilah buat mereka yang rasa terasing ini, sesungguhnya Rasulullah SAW memberi khabar berita gembira buat anda.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing" (HR Muslim





http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/orang-yang-terasing.html

Ahad, 12 Disember 2010

cinta ibarat menunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

ttp://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4486

Jumaat, 10 Disember 2010

berdoalah,hanya sebentar.

Dalam kehidupan ini berbagai cabaran yang akan lalui tidak kisahlah walau seorang budak tetap mempunyai masalah.sudah menjadi kelaziman fitrah manusia begitu didatangkan masalah adalah menunjukkan tandanya ALLAH sayangkan seorang manusia agar manusia itu berbalik pada fitrah manusia iaitu memohon pertolongan kepada tuhannya.
Berdoa adalah suatu usaha yang minimum tapi hasilnya melebihi apa yang kita usahakan.kita hanya perlu menadah tangan dan berdoa mengeluarkan bait bait kata disebalik masalah yang dihadapi ,berdoa dengan sepenuh hati dan dan berdoa dengan sesungguhnya dan berharap agar doa dimakbulkan adalah satu syarat kita berdoa.bukan hanya mulut hanya menyebut tetapi hati tidak memahami isi doanya apa yang didoakan.doa adalah senjata para mukmin,Firman Allah :
            
. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Doa juga hanya mengambil masa beberapa minit sahaja,daripada kita menyanyikan sebuah lagu baik kita berdoa ada juga kebaikannya.doalah kepada umat islam di seluruh dunia,insyaALLAH dengan doa kita semua umat islam akan hidup secara aman.himah kita berdoa ialah dapat melindungi diri kira daripada hasutan syaitan,dengan berdoa juga,kita dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah .berdoalah kepada Allah yang satu.Dia adalah tuhan yang Esa tiada Tuhan selainNya,
Doa juga merupakan penawar yang paling mujarab bagi segala penyakit yang ada diri manusia tidak kiralah penyakit zahiriah atau penyakit lahiriah.doa juaga mengikat tali persaudaraan anatar sesame manusia.contohnya seorang sahabat mendoakan sahabatnya,seorang suami mendoakan isteri.bersabda rasulullah.
“Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)”
Doa juga boleh menghubungkan seorang anak dan ibubapanya yang sudah meninggal dunnia.ibubapa menharapkan doa dari anak yang soleh auntuk mendoakan kesejahterann mereka didalam kubur.pelbagai jenis doa yang ada contohnya doa sebelum makan.doa selepas makan.jadikan doa sebagai tabiat dalam kehidupan seharian kita.

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

sumber:http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html

Rabu, 1 Disember 2010

SELAMAT KEMBALIII....!! DENGAN NAMA BARU

assalamualaikum dan salam senyuman cinta....sudah sekian lama tidak mengupdate blog..penulis dah ubah sikit untuk menghilangkan kebosanan akibat memandang latout yang sama sahaja,apa khabar sahabat semua..?? sihat..prnulis doakan agar semua sahabat berada dalam keadaan gembira..klu ada yang perkara yang tak gembira anggaplah ia menjadi perencah dalam resipi kehidupan kita yang penuh dengan dugaan ni..sesungguhnya manusia yang sedang diuji iu amatlah disayangi Allah.
penulis baru sahaja tamat menduduki peperiksaan akhir semeter lima,mcm2 dugaan dihadapi ketika peperiksaan akhir berlansung dengan ketiadaan akhir..wah..dugaan2...dengan berakhirnya peperiksaan akhir itu..maka berakhir lah sesi pengajian penulis pada semester hanya tinggal satu semester..diri penulis dah mula mencongak hari dan mencorak masa depan..apa pown kita mampu merancang ALLAH yang menentukan ,kerana DIA adalah sebaik perancang..
by the way..inilah my new character blog....ALPALASI de gaoxing....

Khamis, 9 September 2010

salam eidulfitri...kullu am wa entum bikhair..

assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua pembaca blog saya.sudah lama tidak meng"update" blog disebabkan terikat dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan tidak lupa sebagai hamba abdi ALLAH s.w.t .diam tidak diam.sudah sebulan kita berpuasa ..selama sebulan kita berusaha mendidik nafsu dan diri kita..serta menahan dari lapar dan dahaga .pada waktu siang berpuasa dan pada malamnya terawikh..indahnya apabila masjid dan surau dipenuhi insan2...apapun ramdhan sudah berakhir..tangisan menuruti buat insan2 yg belum puas menikmatinya...tapi syawal perlu dirai kerana itu adalah hari kemenangan buat mereka yg berjaya setelah sebulan berpuasa ...banyakkan bertahmid bila pada 1 syawal serta jangan dilupa puasa enam ya...selamat hari raya kepada semua sahabat2 yg dikenali..mohon kemaafan jika ada tersalah bicara atau tersinggung hati..maaf zahir dan batin...

Selasa, 10 Ogos 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan kareem

assalamualaikum dan salam senyuman cinta..saya ucapkan kepada sahabat yg sudi mengikuti blog saya..pada kali ini entry yang amat pendek kerana perlu mengejar masa bukan masa yg mengejar kita..dan sedar tak sedar,bulan syaaban sudah berlalu,ramadhan kareem datang menjelma ,bulan yang membawa seribu rahmat kepada semua manusia yg berada di pelusuk dunia.saya doakan semoga ramadhan kali ini para sahabat serta saya sendiri dapat manfaatkannya dengan sebaiknya kerana kita tidak tahu adakah ramadhan yang akan datang adakah kita masih berpeluang untuk bertemu kerana apa yang kita tahu ajal maut datang pada bila2 masa sahaja,jadikan ibadah kita pada ramadhan kali ini adalah yang terbaik.sebelum mengakhiri entry saya kali ini saya ingin mengucaokan selamat berpuasa kepada semua sahabat2 tidak kira dimana anda berada kekalkan islam anda tingkatkan keimanan anda jangan sekali2 goyah oleh bisikan syaitan iaitu musuh yang nyata kepada kita.puasa disiang hari,ibadah di malam hari.
wassalam.

Khamis, 17 Jun 2010

SEKSAAN DI AKHIRAT AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

Akhirat merupakan tempat destinasi terakhir dalam perjalanan kehidupan manusia ketika telah sampai tiba masanya kiamat..Allah mengarahkan kepada melaikat israfil untuk meniupkan sangkakala yang menjadi berakhirnya kehidupan dunia dan bermulanya kehidupan akhirat ketika manusia dalam keadaan kebingungan khususnya mereka yang tidak mempunyai bekal yang mencukupi.
Bekal untuk kehidupan akhirat bukanlah harta ,makanan atau apa apa pangkat tetapi yang menjadi bekal di akhirat adalah amal perbuatan manusia yang paling utama ialah solat sebagaimana sabda rasulullah SAW yang bermaksud “ amal petama yang dihisab adalah solat jika solatnya baik maka baiklah segala amalannya,sebaliknya sekiranya solatnya tidak baik maka maka amalannya dikira tidak baik.
Orang yang mengabaikan solat dianggap kelak diakhirat dikatakan didalam hadith di atas bahawa dalam proses hisab maka amal orang tersebut terasa berat ertinya pertama kali dihisab adalah solat jika mal solatnya buruk maka akan berpengaruh terhadap amalnya yang lain selanjutnya ia akandimurkai oleh Allah dan pasti akan dimasukkan ke dalam neraka.
Kelak setelah tiupan pertama ditiup maka terjadilah kepanikan lua biasa yang dirasakan seluruh makhluk lalu tiupan kedua seluruh makhluk menjadi binasa dan tiupan ketiga seluruh manusia akan dibangkitkan semula dari kubur.
Ketika itu semuanya dalam keadaan telanjang bulat menuju tuhannya ,mereka terdiri daripada manusia ,jin dan dan sebagainya ketika berkumpul maka turunlah para malaikat sebanyak penghuni dunia mereka berbaris rapi.
“adakah diantara kalian membawa perintah hisab?tanya para malaikat
“tidak ada”jawab mereka
Kemudian turunlah penghuni langit kedua dan menyusun barisan rapi disusuli pula penghuni langit ketiga samapai penghuni langit ketujuh mereka semua melingkungi tempat tanah berpijak.
Wahai sekalian jin dan manusia ke peringatkan bahawa yang ditulis di lembaran hanyalah amalmu barangsiapa melihat kebajikan didalamnya panjatkanlah kesyukuran kepada Allah jika bukan itu janganlah menyalahkan yang lain kecuali menyalahkan dirimu sendiri demekian seru Allah kepada makhluk yang berhimpun.
Kemudian keluarlah haiwan yang bertubuh panjang berkulit kelat, menakutkan ia keluar dari neraka jahannam.
Firman ALLAH.
                        •   •                 
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang lurus. "Dan Sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan Yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur Yang kamu telah lakukan!


Ketika pengadilan Allah ,iaitu yamul hisab setiap orang tegak berdiri terus menerus menunggu giliran setelah amal pahalanya ditimbang mereka juga diminta bertanggungjawab tentang umur jasmani ilmu dan harta yang pernah dimiliki selama di dunia akakn ditanya untuk apakah usianya dihabeskan utuk apakah jasmaninya ,untuk apakah hartanya yang dikurniakan kepadanya dan bagaimana memanfaatkan ilmunya .
Sebuah hadith dari A li RA bahawa Rasulullah SAW bersabda
“sesungguhnya amal seseorang yang pertama akan ditanya diakhirat nanti ialah adalah solatnya jika solatnya diterima maka amalnya yang lain juga diterima ,dan jika solatnya ditolak maka amalnya yang lain akan ditolak
Oleh kerana itu jika seseorang meremehkan solat ketika semasa hidupnya maka ia akan mengalami banyak hambatan jiak amal solatnya diragukan maka tentu amalnya amalnya yang lain akan diproses dengan sangat teliti sehingga tentu tidak akan terlintas dari seksa.
Hiruk pikuk dan kenyataan dia akhirat sungguh sangat menakutkan ,suatu ketika rasulullah SAW pernah bercerita
“pada hari kiamat manusia dikumpulkan dalam keadaan bertelanjang seperti bayi yang baru dilahirkan dari kandunagn ibunya”

jauh perjalanan..luas pemandangan

assalamulaikum salam senyuman cinta kepada semua pengikut blog yg sudi membaca repekan bersahaja blog saya ini.saya ingin memohon maaf setelah sekian lama tidak mengupdate blog saya almaklumlah orang menganggurjadi faham2 lah saya tidak mampu hendak membayar bil broadband tp akhirnya setelah memujuk ayah n mak kesayangan saya ..akhirnya dapt juga on9..dan adanya saya disini ingin menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang percutian semester saya dihabiskan melancong ke pantai timur malaysia ..sebelum itu , dengan budi bicara ayah saya..setelah sampainya saya ke bumi bertuah kedah..ayah terus membawa saya ke institut memandu kv kt kuala nerang,,hehe nak buat apa lagi daftar untuk ambik lesen kereta la.ya la sepanjang sya kt unisza suah bebenar la saya nak kuar..kena upah driver dulu..baru boleh keluar..isk2 keciann..semoga berjaya ya haswani mendapat kan lesen memandu udah enggak sabar ini.lepas belajaq memandu kereta plak saya pown telah diamanahkan untuk menjadi pengapit pengantin untuk sepupu saya kahwin..tp saya bab2 begini penyegan sedikit nak duduk depan2 orang ngan pengantin plak tue.jadi saya serahkanlah tugas saya pada sepupu saya yang sorang ag tue..maklumlah dia lebih layak lagi dr saya..apapown saya nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu saya kak roziana ngn pasangannya abang faizal..semoga berbahgia la ya.
seterusnya,pada cuti sekolah yang lepas,ayah dengan mak saya telah merancang untuk pergi menziarah rumah dan tempat kerja baru abang saya kt felda kechau 07 kt kuala lipis pahang..nak diceritakan semasa perjalanan kami nak kesana memang prepare fizikal yg mantap la..bukan saya la..tp kereta ayah saya toyota unser..sudah diservis semuanya maka bermulalah perjalanan kami pada hari jumaat tepat pada pukul 3.00 ptg.keluarga saya dan mak saudara saya sebuah kereta ag toyota unser jgak la..angkut sekali tok ngn tok wan saya....hehe suka diorang bwak pi jalan2..kami sampai di kuala lipis pahang lebih kurang pukul 4.00 pg hari sabtu keesokkanya..perjalanan yang amat memenatkan kami sekeluarga,sampai ja umah abang yang baru diduduki terus lelapkan mata ..penattt..
keesokkan harinya ,kami sekeluarga telah merancang ke cameron highland ,sebab tok ngn tok wan saya teringin sangat nak kesana ,kami bertolak pukul 2 ptg dan sampai disana cameron pkul 5 ptg..jimat masa sebab kami sekelurga menggunakan jalan alternatif .setelah solat asar di masjid di puncak gunung.kami sekeluarga memulakan pengembaraan ketempat yang menarik kat situ,wah betapa terujanya saya dan keluarga menikmati keindahan ciptaan tuhan. kami bertolak balik ke kuala lipis lebih kurg pukul 9 setelah penat memutar ,bergambar dan membeli belah apa yang patut sebagai tanda kenangan.
sampai di kuala lipis lebih kurang pukul 10 mlm ,saya sekeluarga di bawa kerumah mertua abang saya,kami dihidangkan dengan makanan orang negeri pahang,maklumlah setelah penat berjalan agak gelojoh jgak la makan.hehe
seterusnya pukul 10 pg keesokkanya ,saya sekeluarga bertolak ke kelantan plak dr kuala lipis lebih kurg 4 jam perjalanan baru la sampai kat kota bharu,kelate.wah...mak nagh saya dah menempah chalet berdekatan dengan pantai melawi..segarnya dapat hirup udara tepi pantai..malam tue kami x pi ke mana2 maklumlah driver penat memandu jd esoknya baru bermula program nak membeli belah di pasar borong di wakaf che yeh yg mana pasar ni bermula pada pukul 6 ptg dan berakhir pada pukul 5 pg..kemudian pergi mandi pantai yang bersih dan jernih.seronoknya,,subhanaALLAH.
pada pukul 7 malam kami poon bertolak ke negeri perak plak,perjalan yang sangat indah pada waktu malam ,beruntung malam tue semasa melalui lebuhraya pantai timur,berdekatan dengan puncak titiwangsa kami terserempak dengan 2 ekor gajah..sampai di grik perak pada pukul 1 pg..berehat sebentar di felda tawai,grik.keesokkanya kami pergi menikmati ayaq bukit yang berdekatan dengan rumah pak sedara saya.nikmatnya...
akhirnya baru bertolak pulang ke negeri kedah.........
pelancongan yang amat memenatkan tapi amat menyeronokkan saya dan keluarga..insyaALLAH bulan 12 tahun nie nak putar ke selatan malaysia plak...
semyum selalu....

Jumaat, 9 April 2010

musim demam dan exam

assalamualaikum dan salam senyuman cinta
salam kepada semua pembaca blog yang sudi follow up blog saya
erm tajuk diatas ialah musim demam dan peperiksaan..ketika penulis mengupdate blog ..jisim penulis seperti dibaka di bawah unggun api yang besar..demam la kali ini..em dah lama tak demam..tak apalah ambik peluang time sakit ni bersihkan hati dari segala dosa dosa biasala kan..insyaALLAH orang yang sakit yang jauh dari keluarga ni erm dosa dosa kecilnya akan diampunkan.aaminn

bukan setakat sakit sahaja yang melingkungi diri penulis malah test yang tidak menentu lagi kalut penulis bila dapat tau istaz nk wat test on the spot.kelam kabut..resresh balik apa yang telah dipelajari

ok lah dah penat plak menaip time sakit nih
selamat berjaya kepada semua sahabat yang akan menghadapi final exam yang semakin hampir...
baru2 ni wani terlibat ngn pengurusan hari anugerah kecemerlangan pelajar.ni gambarnya

Rabu, 7 April 2010

kumbang bukan seekor.......bunga hanya sekuntum.....renungkan.

Kumbang bukan seekor, tetapi bunga hanya sekuntum. Maka, memang menjadi rebutanlah sekuntum bunga yang sedang mekar di tengah taman itu. Kumbang-kumbang dewasa yang menetap di sebatang pokok berhampiran taman, masing-masing cuba mempamerkan kebolehan yang ada pada diri agar dapat menambat hati si bunga cantik rupawan.

Seekor kumbang yang merasakan rupa parasnya terlalu kacak, terbang menghampiri bunga itu. Seiring dengan latar belakang muzik yang romantis, dia menari-nari di sekeliling bunga. Si bunga tersenyum manja. Diperhatikan dari bawah hingga ke atas. Benar! Sang kumbang itu tersangatlah tampan. Romantik. Ditambah pula dengan gayanya yang tersendiri, memang ada kelas! Mungkin sesuai untuk dipadankan dengan si bunga yang rupawan. Tapi nanti dulu! Ada soalan cepu emas yang hendak ditanyakan kepada sang kumbang.

“Apakah kebarangkalian mendapat nombor 7 apabila sebiji dadu dilontarkan?” Tanya si bunga.

Sang kumbang menjawab dengan penuh keyakinan, tetapi romantik. “Mestilah tujuh dinda…”

Reject! Si bunga tidak mahu dijodohkan dengan kumbang yang bodoh lagi bebal itu. Maka, terbanglah sang kumbang macho rupawan kembali ke pokok dengan penuh kekecewaan.

Selang satu baris kemudiannya.

Mendengarkan cerita sang kumbang kacak itu tadi, sang kumbang bijak bestari merasakan dia ada kelebihan dan ciri-ciri kumbang idaman si bunga cantik jelitawan. Sebelum terbang bertemu si bunga, dia mengira jumlah kalori yang bakal digunakan untuk terbang nanti. Bukan apa, kalau si bunga tanya nanti, pasti teserlah kebijaksanaannya! Tersenyum kambing sang kumbang bijak bestari itu sendirian.

Tanpa iringan muzik, sang kumbang bijak bestari menyampaikan serangkap pantun yang luar biasa indahnya. Niat di hati mahu mempamerkan kemahirannya dalam bersastera. Si bunga tersenyum mendengar pantun itu. Tanpa disuruh, sang kumbang bijak bestari menulis pula teori-teori fizik seperti teori Bernoulli, konsep pemindahan haba dan tak terkecuali, hukum pembiasan cahaya melalui kanta cembung dan cekung. Sekali lagi si bunga tersenyum. Sang Kumbang apa lagi, bangga tak terkata.

“Kekanda, dinda nak minta tolong sedikit. Boleh tak kekanda alihkan batu-batu di sekeliling dinda ini?” Pinta si bunga sambil menunjuk ke arah beberapa ketul batu yang bertaburan di bawah. “Dinda rasa rimas lah!”

“Tidak ada masalah dinda! Mengikut perkiraan, kanda hanya memerlukan 385.7 joule untuk mengalihkan batu tersebut.” Balas sang kumbang bijak bestari sambil berpeluh sakan. Tak masuk akal langsung! Mana mungkin seekor kumbang mempunyai tenaga sebanyak itu. Tetapi disebabkan rasa cintanya kepada si bunga cantik rupawan, dia tetap mencuba. Akan tetapi, usahanya tak ubah seperti ikan di hulu, tuba di hilir.

Reject! Si bunga bukan setakat mahukan kumbang yang pandai, malah kuat bertenaga. Bagaimana jika ada musuh datang nanti? Siapa yang hendak beri pelindungan? Maka, terbanglah sang kumbag bijak bestari itu dengan keadaan yang pening-pening lalat kerana banyak tenaganya sudah ditumpahkan begitu sahaja.

Selang satu baris sekali lagi.

Datang pula seekor kumbang yang gagah perkasa. Tanduknya hebat, dapat menumpaskan semua musuh dengan mudah. Dalam seminggu, empat ke lima kali dia pergi ke gymnasium untuk memastikan tanduknya kelihatan hebat dan gagah. Mendengarkan kisah sang kumbang bijak bestari itu tadi membuatkan dia berasa bahawa dia lah calon kumbang pilihan si bunga wang-wangian.

Dengan iringan tiupan bayu yang tidak mudah sekali menggoncang, sang kumbang gagah perkasa pula pergi mencuba nasib . Di hadapan si bunga ceria keriangan, sang kumbang gagah perkasa membuat aksi-aksi seekor kumbang gagah. Dengan sekali hayun sahaja, pecah berderailah batu-batu yang yang cuba untuk diangkat sang kumbang bijak bestari itu tadi. Si bunga tersenyum melihat kekuatan sang kumbang gagah perkasa itu. Tetapi si bunga masih belum membuat keputusan. Dia bertanya satu soalan.

“Wahai kanda, rukun Iman ada berapa agaknya ya?”

Si kumbang gagah perkasa tertawa. “Wahai dinda. Dinda ingat kanda ni jahil agama ya? Senang sahaja, jawapannya adalah 5. Yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Yang kedua, kesetiaan pada raja dan negara. Ketiga…”

Belum pun sempat sang kumbang gagah perkasa menghabiskan jawapannya yang sangat teliti itu, si bunga cantik rupawan mencelah. “Itu rukun negaralah kanda. Boleh tahan juga kejahilan kanda ya..”

Reject! Si bunga bukan sekadar mencari kumbang yang kacak lagi tampan, bijak akademik dan ko-kurikulum juga gagah perkasa, akan tetapi mestilah alim dalam soal agama. Rupa-rupanya si bunga ini cantik lagi demand. Macam-macam syarat yang diletakkan untuk bakal kumbang idaman hati.

Selang satu hari pula…

Seekor kumbang yang alim, tawadu’ serta zuhud, terbang mencuba nasib. Rakan-rakan kumbang yang lain merasakan, inilah kumbang terbaik yang memiliki ciri-ciri yang diidamkan si bunga. Maka, sang kumbang penuh ciri-ciri idaman itu melamar dengan penuh adab sopan.

“Sesungguhnya, aku tidaklah sempurna dalam semua hal. Aku kuat, tetapi tidaklah sehingga boleh memecahkan batu. Aku bijak, tetapi tidaklah sehingga mendapat 4.0 setiap semester. Aku kacak, tetapi tidaklah pernah pula dimuatkan dalam ruangan model mana-mana majalah. Soal agama pula, banyak ilmu yang sudah aku belajar, tetapi tidaklah semua sudah ku miliki kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Sekiranya semua pokok menjadi pena, dan seluruh air laut menjadi dakwatnya, maka itu pun tidaklah mencukupi untuk menulis semua ilmu Allah. Maka, apa yang hendak aku khabarkan pada kamu wahai si bunga yang banyak nama, aku ini hanyalah kumbang yang sederhana sahaja. Sudikah kau menerima lamaranku ini?”

Si bunga tersenyum lalu berkata. “Apakah harta benda dan kekayaan mu juga adalah sederhana?”

Sang kumbang tertunduk. “Aku juga adalah kumbang yang memiliki kekurangan. Aku tidaklah mempunyai harta yang banyak. Tetapi aku akan berusaha untuk mencari rezeki buatmu.”

“Jikalau begitu, aku tidak mahu! Tidakkah kau tahu, harta kekayaan itu adalah sangat penting?” Balas si bunga.

Sang kumbang tidak mahu banyak berbicara lagi. Dia pun pulang dengan tangan kosong.
Minit berganti minit. Jam berganti jam. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Pokok di tepi taman itu nampaknya akan ditebang manusia. Semua kumbang yang tinggal di situ terpaksa berpindah. Kini, si bunga cantik rupawan indah jelitawan ceria keriangan itu tinggal KESEORANGAN, menanti status bertukar menjadi LAYU-LAYUAN
Petikan dari blog sahabat saya…………….

Ahad, 28 Mac 2010

dapat mms .....

assalamualaikum..dan salam senyuman cinta..
kali ini,wani nak kongsikan seseorang yg telah menghantar..kata2 melalui mms tempoh hari..ini dia..mungkin sahabat2 pernah membacanya
.............................................................................

Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.Ketika itu guru tersbut sedang mngajar mengenai ksh syg. Plajar:"cikgu,macam mana kite nk plih seseorang yg terbaik sebagai org yg pling kite syg?Mcm mana jg ksh syg itu nk brkekaln?" CIKGU: "ok kamu ikut pe yg sy srh.Kmu prgi ke pdg.Kamu brjln d atas rumput smbl mmandang rumput ddpn kamu.Pilih yg PALING el0k tnpa menoleh ke blkng lg wlau skali.Dan petik rumput yg PALING el0k, bwa ke kelas" Apabila pelajar trsbut pulang ke kels,tiada shlai rumput pun dtgnnye.Cikgu brtny, knpa tiada rumput yg dplih? PELAJAR:"td mse sy brjln,sy crilh rumput yg pling el0k.Mmg ade byk yg el0k tp cikgu kata petik yg pling el0k, maka sy pun trus brjln ke dpn smbl mencri yg pling el0k tnpa menoleh ke blkng lg.Tp smpai dipnghujung pdg,sy xjmpa pun yg pling el0k.Mgkn ade diantara yg dblkng sy td rumput yg plg el0k tp da ckgu ckp xblh menoleh ke blkg smula,jd tiadalah rumput yg sy bleh petik." CIKGU:"ya itulh jwpnnye.Mknanye apabila kte tlh brjmpa dgn sseorg yg kte syg,jgnlah kte mncri lg yg lbh baik dri itu.Kte ptt hargai 0rg yg brada ddpn kte sbaik2nye.Jgn kte men0leh ke blkng lg krn yg brlaku ttp da brlaku.Sm0ga yg brlalu tdk brulang lg.Dan ingtlh 0rg yg plng kte syg itulah yg plng el0k dan plng baik.Maupun nk iktkn byk lg yg cntk dan el0k sprti rumput td..

erm sekadar sispan di didalam blog wani...^_^..sekiann..

Jumaat, 19 Mac 2010

salam senyuman cinta.......

assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua pembaca yang sudi mengikut blog saya terima kaseh..pada kali ini,tiada cerita yang ingin saya sampaikan..cuma nak meminta maaf atas kelewatan saya mengupdate blog ini,kerana saya telah ditimpa musibah.saya pinta doa sahabat semua untuk doakan sy semoga cepat sembuh aminnnn

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.
—————————————————————————————–

sekian dulu untuk kali ini..nt saya sambung ag wassalam..

Rabu, 20 Januari 2010









assalamualaikum dan salam senyuman cinta diucapkan kepda semua..alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan rahmat kasih sayangnya saya masih dat menulis blog pada ketika ini lagi.alhamdulillah sekali ag wani panjatkan kepada ALLAH..kerana setelah berpenat lelah akhirnya program konsert amal nazrey johani tour de tahfiz.berakhir sudah dan berjalan nagn lancarnya yang berlansung pada 18hb januari 2010(hari isnin),bertempat di dewan almuktafi billah syah (udm),konsert tersebut dimeriahkan oleh abg nazrey,kump algebra,kump brothers,kumpl assaufee.terima kasih kepada semua tas sokongan rakan dan semua komitte yang berusaha keras untuk menjayakan program tersebut.setelah pelbagai dugaan yang diterima sebelum program berjalan.ia dianggp sebagai satu cabaran bagi wani.terima kasih kepada abg nazrey johani.dan juga teriama kasih kepada abg sy sendiri hafizi yg banyak membantu serta teriam kasih kepada ajk akhi sallehuddin yg bnyak bekerja keras,akhi khabir yang wat tiket yg camntik dan menari dapat pujian lagi dr abg nazrey,wat akhi khairul ikhwan yang bersusah payah jaga kt belakang tabir ..mantop!! akhi zaim yang sentiasa bg semangat sahabatku aisyah yang sentiasa disisi ketika dok cari sponsor..tuk program dan kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung,semoga konsert abg nazrey johani yang seterusnya akan memberi lebih rezeki kepada akhi.berjuang kerana ALLAH.takbir..!!!

gerhana separa








assalamualaikum....dan salam senyuman cinta ,disini wani nak cerita cket tentang program cerapan gerhana matahari separa yg bertempat di masjid udm..ramai jugak yang sertai program ,ratanya dari studem UDM .budak sekolah .studen maktab batu rakit dan orang awam.memandangkan program ni wat kat masjid maka student perempuan yg dah terlanjur ada kat masjid boleh solat jumaat sekali.tp penulis dh x sempat nk solat jumaat coz jemaah laki ramai..bagus2
k.lah mari kita saksikan gmbar2 ketika di program tersebut

Isnin, 4 Januari 2010

pengumuman..pengumuman..!!! konsert amal di UDM

assalamualaikum dan salam senyuman cinta diucapkan kepada semua disini saya ingin membuat jemputan ke konsert amal nazrey johani de tour di universiti darul iman malaysia bertempat di dewan almuktafi billah syah(DABS).pada 18 hb januari 2010 pada pukul 8.00 malam .artis yang turut memeriahkan konsert ialah nazrey johani.algebra serta lain lain.konsert ini dianjurkan oleh persatuan mahasiswa dakwah serta kerjasama majlis perwakilan pelajar(MPP UDM).Harga tiket hanya rm5 sahaja.datanglah beramai ramai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...