kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Khamis, 3 September 2009

assalamualaikum...bismillahirrahmanirrahim....salam senyuman cinta kepada semua sahabat...ketika diri ini sdg mengupdate blog..perlabagai persoalan yg timbul di benak hati ini..sebagai seorg pelajar,sebagai seorg anak sebagai seorg hamba kepada ALLAH.Sahabat ada pernah terfikir apa nasib kita diakhirat sana nanti..erm setiap kali sebelum tido atau selepas solat sy akan terhenti sejenak dan terfikir..apakah umurku masih panjang ag utk menunaikan segala tngunggjawab yg belum tertunai ini..kali ini enty sedih sket ya sahabat..huhu..almaklumlah...mood sedih..sebab sy ad satu mutiara kata ini yg ingin dikongsikan iaitu ......"adakalanya kita perlu menagis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya airmata huhu...."
sahabat sahabat ingat 2 jngan dok menangis ja ya ish2..x baik sangat sedih2 nh..senyum sikit ya..maklumlah ni kan blog senyuman cinta k.lah..udah2 la 2 sedihnya nh sy nk tukar mood lain plak..

pada kali ini wani nak kongsikan sikit tentang pembacaan wani tentang buku yang bertajuk ajaran sesat yg ditulis oleh pensyarah di universiti wani iaitu ustaz Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi.tajuk buku ajaran sesat mengenali jalan yang terpesong .didalam buku ini ada menceritakan tentang ajaran ajaran sesat yang terdapat di malaysia ialah sebanyak 125 kumpulan ajaran sesat yg disenaraikan oleh JAKIM.ajaran sesat ini adalah istilah yang diguna pakai di malaysia ,istilah penyelewengan akidah adalah lebih tepat ,kerana mereka yg tergolong dalam golongan tersebut sudah menyeleweng dr akidah yg bersandarkan al quran dan assunah..........sambungan entry seterusnya....................................
Buat wanita yg rasa diri dia tu bernilai dan berharga,
boleh baca =)

Gadisku..sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum
bunga, harum aromamu bias menarik perhatian
sang kumbang untuuk mendekatimu.
Namun..tidak semua bunga senang untuk didekati
sang kumbang lantaran duri yang memagari
dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah
terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah yang
mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang..tetapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir bebarapa kali
untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar
inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah
swt... hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu.

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada
sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara
yang didedahkan buat perhatian umum dengan
permata yang diletakkan dalam sesuatu bekas
yang tertutup..sudah pasti keinginan untuk melihat
permata yang tersembunyi itu melebihi daripada
yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan
patuh pada Al- Khaliq dalam melayari liku-liku
kehidupannya adalah harapan setiap insan yang
bernama Adam.

Namun..ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam
dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau milki
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah gadisku..sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan mempermudahkan
baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting
gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan
istiqamah...

Gadisku, akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian
malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah
tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang
bahaya dirimu

tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih
bermaharajalela selepas wafatku terhadap kau
lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita

Oleh itu gadisku setiap langkah dan pakainmu
hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan
Sunnah, jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan
tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid
dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia
dengan sentuhan lembut tanganmu.

Buat akhirnya..sesungguhnya ilmu itu cahaya dan
ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang
melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-
kata seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai
renungan bersama

cintakan manusia itu tidak mewujudkan
kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan
kerana ia tidak kekal. Cintakan seringkali
membuatkan seseoang itu gagal, kecewa
menderita dan tersiksa. Oleh itu tidak ada cinta
pun yang dpat membuahkan kebahagiaan dan
kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada
Pencipta manusia itu sendiri

moga2 kita akan berusaha utk meningkatkan lagi
kualiti diri kita sbg muslim. smg hari ini lebh baik
dr semalam.
Mutiara Kata (Cinta Nan Indah).
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...