kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Khamis, 17 Jun 2010

jauh perjalanan..luas pemandangan

assalamulaikum salam senyuman cinta kepada semua pengikut blog yg sudi membaca repekan bersahaja blog saya ini.saya ingin memohon maaf setelah sekian lama tidak mengupdate blog saya almaklumlah orang menganggurjadi faham2 lah saya tidak mampu hendak membayar bil broadband tp akhirnya setelah memujuk ayah n mak kesayangan saya ..akhirnya dapt juga on9..dan adanya saya disini ingin menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang percutian semester saya dihabiskan melancong ke pantai timur malaysia ..sebelum itu , dengan budi bicara ayah saya..setelah sampainya saya ke bumi bertuah kedah..ayah terus membawa saya ke institut memandu kv kt kuala nerang,,hehe nak buat apa lagi daftar untuk ambik lesen kereta la.ya la sepanjang sya kt unisza suah bebenar la saya nak kuar..kena upah driver dulu..baru boleh keluar..isk2 keciann..semoga berjaya ya haswani mendapat kan lesen memandu udah enggak sabar ini.lepas belajaq memandu kereta plak saya pown telah diamanahkan untuk menjadi pengapit pengantin untuk sepupu saya kahwin..tp saya bab2 begini penyegan sedikit nak duduk depan2 orang ngan pengantin plak tue.jadi saya serahkanlah tugas saya pada sepupu saya yang sorang ag tue..maklumlah dia lebih layak lagi dr saya..apapown saya nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu saya kak roziana ngn pasangannya abang faizal..semoga berbahgia la ya.
seterusnya,pada cuti sekolah yang lepas,ayah dengan mak saya telah merancang untuk pergi menziarah rumah dan tempat kerja baru abang saya kt felda kechau 07 kt kuala lipis pahang..nak diceritakan semasa perjalanan kami nak kesana memang prepare fizikal yg mantap la..bukan saya la..tp kereta ayah saya toyota unser..sudah diservis semuanya maka bermulalah perjalanan kami pada hari jumaat tepat pada pukul 3.00 ptg.keluarga saya dan mak saudara saya sebuah kereta ag toyota unser jgak la..angkut sekali tok ngn tok wan saya....hehe suka diorang bwak pi jalan2..kami sampai di kuala lipis pahang lebih kurang pukul 4.00 pg hari sabtu keesokkanya..perjalanan yang amat memenatkan kami sekeluarga,sampai ja umah abang yang baru diduduki terus lelapkan mata ..penattt..
keesokkan harinya ,kami sekeluarga telah merancang ke cameron highland ,sebab tok ngn tok wan saya teringin sangat nak kesana ,kami bertolak pukul 2 ptg dan sampai disana cameron pkul 5 ptg..jimat masa sebab kami sekelurga menggunakan jalan alternatif .setelah solat asar di masjid di puncak gunung.kami sekeluarga memulakan pengembaraan ketempat yang menarik kat situ,wah betapa terujanya saya dan keluarga menikmati keindahan ciptaan tuhan. kami bertolak balik ke kuala lipis lebih kurg pukul 9 setelah penat memutar ,bergambar dan membeli belah apa yang patut sebagai tanda kenangan.
sampai di kuala lipis lebih kurang pukul 10 mlm ,saya sekeluarga di bawa kerumah mertua abang saya,kami dihidangkan dengan makanan orang negeri pahang,maklumlah setelah penat berjalan agak gelojoh jgak la makan.hehe
seterusnya pukul 10 pg keesokkanya ,saya sekeluarga bertolak ke kelantan plak dr kuala lipis lebih kurg 4 jam perjalanan baru la sampai kat kota bharu,kelate.wah...mak nagh saya dah menempah chalet berdekatan dengan pantai melawi..segarnya dapat hirup udara tepi pantai..malam tue kami x pi ke mana2 maklumlah driver penat memandu jd esoknya baru bermula program nak membeli belah di pasar borong di wakaf che yeh yg mana pasar ni bermula pada pukul 6 ptg dan berakhir pada pukul 5 pg..kemudian pergi mandi pantai yang bersih dan jernih.seronoknya,,subhanaALLAH.
pada pukul 7 malam kami poon bertolak ke negeri perak plak,perjalan yang sangat indah pada waktu malam ,beruntung malam tue semasa melalui lebuhraya pantai timur,berdekatan dengan puncak titiwangsa kami terserempak dengan 2 ekor gajah..sampai di grik perak pada pukul 1 pg..berehat sebentar di felda tawai,grik.keesokkanya kami pergi menikmati ayaq bukit yang berdekatan dengan rumah pak sedara saya.nikmatnya...
akhirnya baru bertolak pulang ke negeri kedah.........
pelancongan yang amat memenatkan tapi amat menyeronokkan saya dan keluarga..insyaALLAH bulan 12 tahun nie nak putar ke selatan malaysia plak...
semyum selalu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...