kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Isnin, 2 Julai 2012

doakan aku tabah


9.01Pagi

Aku ingin menapak ke kelas bersama adik serumahku,“erm,rupanyanya dia masih berada dirumah,hatiku berbisik sendirian tidak ke kelas katanya”.Aku hanya memandang dia yang hanya bermasam muka denganku ,entahlah apa salahku,hanya menegur dengan benda yang kecil,ya.mungkin salahku tidak mengeur dia dengan baik.

9.15 Pagi

Sampai sahaja di kelas terus aku mengambil tempat duduk ditempat yang biasa aku duduki ,menarik nafas seketika setelah keletihan menaiki tangga dan perjalanan dari rumahku ke universiti yang agak jauh ,bukan itu sahaja perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas“ini kalau ada basikal best nie,penat aih jalan ,kaki pon sakit,” hatiku bermonolog lagi.bermandikan cahaya matahari yang sangat tidak lagi segan silu meluahkan cahaya matahari yang sangat terik.pedih perit berjalan .hari ini aku berpakaian biru ,bertudung biru, warna kegemaranku .berkasut bertutup seperti biasa,sebelom sampai ke kuliah syariah.aku disapa teman lamaku.“hai,wani awat muka hang berkerut-kerut ja”sapa kawanku.Aku hanya mampu tersenyum.sebagai jawapan soklannya.Sementara menunggu doktor sampai aku menelek dulu buku dan tajuk yang ingin diajar doktor sebentar lagi.kerana pagi tadi aku tak sempat menelaah sedikit pon.

9.20 Pagi

Doktor sudah menapak masuk ke kelas dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.tajuk sebab penurunan ayat dan surah menjadi pilihan untuk mengajar pada hari ini.tiba-tiba fokusku sudah hilang kearah doktor yang sedang mengajar,perut terasa sakit dan ngilu ,tekakku pula terasa ingin meluahkan isi perut.Aku beristighfar di dalam hati “Ya Allah kuatkan hatiku “.hatiku berdoa.sedaya upaya mencari semangat.Ini mungkin aku tidak menyantap sebarang makanan pada pagi tadi.aku menarik nafas dan menghembuskan.alhamdulillah terasa hilang sedikit gementar,kesan kesakitan tadi.Aku cuba merisik ke dalam begku untuk mencari biskut yang selalu aku simpan jika berlakunya situasi kecemasan seperti ini ,mintak maaf guruku aku terpaksa menjamah makanan ketika cikgu mengajar dihadapan bukan sengaja.tapi terpaksa.“maafkan aku doktor”.Kerana perutku sudah tidak tahan lagi merayu-rayu meminta diisi.setelah secubit mungkin roti ang aku santap aku meneguk sedikit air.alhamdulillah rasa teresap tenaga dan kuasa baru dalam diri.fikiranku dan menerawang ke dunia lain.“erm.rasanya kelas lepas ini tak dapat aku hadiri “,hatku berbicara sendirian.Itulah aku pantang diuji sedikit pasti rasa lemah saja.

10.10Pagi

Doktor menamatkan kelas ,aku masih berada disitu,di kelas itu,di ruang itu disaat pelajar-pelajar arab lain berebut ingin menerobos keluar dari ruang kelas menerusi pintu yang agak sempit itu. apa yang diorang kejarkan entahlah,dan aku masih disitu menunggu dan mengharap ksakitanku beransur pergi .“Ya Allah kuatkanlah hatiku” hatiku tidak pernah berhenti berdoa.Tiba tiba mindaku mencongak tarikh pulang ke bumi Malaysia.aku harap aku masih tabah disini.perjalanku masih jauh.

10.35Pagi

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghadiri kelas seterusnya .saat aku menunggu nombor kehadiran aku dipanggil doktor aku berbual-bual dahulu dengan rakan setanah airku.Kali ini minda dan mataku sudah focus pada kelas.tapi agak kecewa sedikit apabila doktor tersebut mengajar dalam bahasa arab ammiyah agak sukar untuk aku fahami.Tidak mengapa teruskan mendengar mana mungkin suatu hari nanti aku akan faham juga.kepala masih lagi berdenyut ,pening dengan bauan orang arab.Mereka ini kalau bab bauan dan make up 1st class bukan itu sahaja keberanian mengangkat tangan untuk bertanya atau meluahkan pendapat memng sangat bagus tapi itulah setiap orang ada kelebihan dan ada kekuranganAkhirnya aku tutup kitab dan fokus sahaja apa yang doktor cakapkan.

11.25 pagi

Inilah rutin aku setiap hari di musim panas ini,kelas terakhir akan berakhir seawall tengahri sebelum jam menginjak ke angka pukul 12 tengahari.aku berjalan ke luar kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...