kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Selasa, 31 Julai 2012


Assalamualaikum dan salam senyuman cinta buat semua,apa khbar iman pada bulan ramadhan kali ini ,semoga iman kita dicaj dengan sempurna untuk menghadapi 11bulan yang mendatang bulan ini adalah bulan mentarbiyah diri kita,mengambil pesanan daripada seorang ulama' ,beliau mengatakan ramadhan ini bagaikan hujan bergantung pada diri kita nak menyediakan besar mana untuk menyambut bulan ramdhan adakah bekas sebesar tapak tangan atau sebesar tasik kenyir atau apa yang sewaktu dengannya.

alhamdulillah biah bulan ramadhan di Jordan sungguh seronok walaupun berjauhan dari tanah air tercinta tapi keseronokan melakukan ibadah bersama sahabat2 yangsefikrah sangat membuatkan diri ini rasa bersyukur kerana berada dibawah hodayah ALLAH .mungkin di Malaysia lebih femes dengan juadah berbuka puasa dimerata rata ,bahkan cukup popular dengan bazar ramadhan.

diriku hanya menhitung hari untuk pulang ke Malaysia hanya berbaki 10 hari lagi.hati dikuatkan seteguh karang dilautan ,kesihatan diri pon masih kurang stabil harapan pulang ke Malaysia buat treatement ,insyaAllah semoga dipermudahkan.

pengalaman pertama berpuasa diperantauan jauh dari keluarga tercinta akan ku simpan dalam peti kenangan yang terindah buat habuan anak2 suatu hari nanti.bukan senang kita nak bersakit sakit dahulu insyaALLAH moga nantikan allah kurniakan kesenangan.

mungkin boleh tadabbur sedikit dalam ayat dalam surah Al Baqarah

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu,allah mnegetahui sedang kamu tidak mengetahui"

final exam juga akan tiba beberpa hari lagi,semoga dipermudahkan urusan ketika peperiksaan nanti ,doakan daku sahabat semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...