kalau rasa menarik like,tiada paksaan
sapa yang sudi ikut la
Ahad, 19 Mei 2013
Assalamualaikum semua sahabat
doaku pada kalian semua semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah selalu
setelah sekian lama tidak mengemas kini blog insyaALLAH hari ini saya akan kongsikan sedikit cerita dan fakta kepada kalian semua
bahasa badan ialah memberi respon melalui pergerakan badan tanpa menyuarakan. kemahiran bahasa badan merupakan kemahiran yang sangat penting antara orang di sekeliling kita,komunikasi ini membuatkan kita memahami diri sesorang itu dengan lebih baik dan efektif.bahasa badan juga salah satu part penting dalam kita untuk memahami mereka yang istimewa.
contohnya seseorang yang sedang duduk bersahaja tiba-tiba sahaja dia bersandar ,ini menunjukkan bahasa diri dia sedang menunjukkan respon yang negatif kemungkinan dia bosan atau tidak puas hati.
atau jika seseorang itu sedang duduk bersahaj tiba-tiba badanya ke hadapan ini menunjukkan bahawa diri dia sedang memberikan respon yang positif.
Rasulullah s.a.w juga menerapkan pendidikan bahasa badan bagi menjelaskan secara terperinci
atau sebagai sokongan dan penguat yang diriwayatkan dalam hadith imam bukhari dan imam muslim
“perumpamaan mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana suatu bangunan yang bahagian-bahagianya saling mengukuhkan atara satu sama lain”
kemudian Rasulullah menganyam jari-jarinya kedua tanganya dan mnegerakkan badan sebagai penjelasan.
semoga kita bersangka baik dengan bahasa badan yang ditonjolkan sahabat kita ketika fatrah peperiksaan atau sesiapa sahaj yang berada disekeliling kita,
Selasa, 31 Julai 2012
Assalamualaikum dan salam senyuman cinta buat semua,apa khbar iman pada bulan ramadhan kali ini ,semoga iman kita dicaj dengan sempurna untuk menghadapi 11bulan yang mendatang bulan ini adalah bulan mentarbiyah diri kita,mengambil pesanan daripada seorang ulama' ,beliau mengatakan ramadhan ini bagaikan hujan bergantung pada diri kita nak menyediakan besar mana untuk menyambut bulan ramdhan adakah bekas sebesar tapak tangan atau sebesar tasik kenyir atau apa yang sewaktu dengannya.
alhamdulillah biah bulan ramadhan di Jordan sungguh seronok walaupun berjauhan dari tanah air tercinta tapi keseronokan melakukan ibadah bersama sahabat2 yangsefikrah sangat membuatkan diri ini rasa bersyukur kerana berada dibawah hodayah ALLAH .mungkin di Malaysia lebih femes dengan juadah berbuka puasa dimerata rata ,bahkan cukup popular dengan bazar ramadhan.
diriku hanya menhitung hari untuk pulang ke Malaysia hanya berbaki 10 hari lagi.hati dikuatkan seteguh karang dilautan ,kesihatan diri pon masih kurang stabil harapan pulang ke Malaysia buat treatement ,insyaAllah semoga dipermudahkan.
pengalaman pertama berpuasa diperantauan jauh dari keluarga tercinta akan ku simpan dalam peti kenangan yang terindah buat habuan anak2 suatu hari nanti.bukan senang kita nak bersakit sakit dahulu insyaALLAH moga nantikan allah kurniakan kesenangan.
mungkin boleh tadabbur sedikit dalam ayat dalam surah Al Baqarah
"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu,allah mnegetahui sedang kamu tidak mengetahui"
final exam juga akan tiba beberpa hari lagi,semoga dipermudahkan urusan ketika peperiksaan nanti ,doakan daku sahabat semua
Sabtu, 14 Julai 2012
assalamualaikum serta salam senyuman cinta
apa khbar semua sahabat ok kot noh
bagaimana persiapan ramadhan kali ini,insyaAllah kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan paling ditunggu bagi orang yang dahagakan untuk beribadah.
Ya ALLAH berkatilah kami dibulan syaaban dan sampaikan kami pada bulan ramadhan
insyaallah saya akan menyambut bulan ramadhan di perantauan di Jordan sedang menanti kemeriahan orang arab jordan menyambut bulan ramadhan apa yang dapat saya lihat suasananya sekarang.sambutan mereka tidak seperti malaysia bila tiba bulan ramadhan hanya iklan raya tambah mega sale.apa apa ja la sale.yang penting saya bukan dapat pergi pun sale macam itu,
berbalik pada puasa
mari kita sama sama segarkan semula apa yang dimaksudkan dengan puasa nih
ok .dengar dan faham
puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar siddiq hinggalah terbenam matahari.
contoh:memasukkan sesuatu kedalam rongga badan.kemudian buat perkara yang sengaja macam muntah sengaja.
bukan itu sahaja saya pasti yang baca post saya ini semua dah besar panjang ,bahasa skemanya sudah matang mungkin dalam anggaran 20 an keatas kan.?
bab meneka penulis memang "expert" bahasa melayunya cekap sikit
"perasan lebih"
satu lagi pesanan kepada kaum hawa,jangan lupa habeskan puasa ganti anda yang dah lama terbengkalai.
kita jadikan ramadhan kita kali ini bagai madrasah tarbiyah buat diri kita.
banyak fadhilat di bulan ramadhan ni.
memandangkan tadi baru sahaja pulang dari seminar fiqh ramadhan bersama ustaz Farid Ravi Abdullah di bawah anjuran ISMA jordan.
nanti saya akan postkan gambar kemeriahan ramadhan di sini.
fadhilat itu akan disambung untuk entry seterusnya.
selamat imtihan buat warga irbid,jordan khususnya
#menghitung hari pulang ke Malaysia pulang ke pangkuan keluarga tercinta#
Isnin, 2 Julai 2012
doakan aku tabah
9.01Pagi
Aku ingin menapak ke kelas bersama adik serumahku,“erm,rupanyanya dia masih berada dirumah,hatiku berbisik sendirian tidak ke kelas katanya”.Aku hanya memandang dia yang hanya bermasam muka denganku ,entahlah apa salahku,hanya menegur dengan benda yang kecil,ya.mungkin salahku tidak mengeur dia dengan baik.
9.15 Pagi
Sampai sahaja di kelas terus aku mengambil tempat duduk ditempat yang biasa aku duduki ,menarik nafas seketika setelah keletihan menaiki tangga dan perjalanan dari rumahku ke universiti yang agak jauh ,bukan itu sahaja perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas“ini kalau ada basikal best nie,penat aih jalan ,kaki pon sakit,” hatiku bermonolog lagi.bermandikan cahaya matahari yang sangat tidak lagi segan silu meluahkan cahaya matahari yang sangat terik.pedih perit berjalan .hari ini aku berpakaian biru ,bertudung biru, warna kegemaranku .berkasut bertutup seperti biasa,sebelom sampai ke kuliah syariah.aku disapa teman lamaku.“hai,wani awat muka hang berkerut-kerut ja”sapa kawanku.Aku hanya mampu tersenyum.sebagai jawapan soklannya.Sementara menunggu doktor sampai aku menelek dulu buku dan tajuk yang ingin diajar doktor sebentar lagi.kerana pagi tadi aku tak sempat menelaah sedikit pon.
9.20 Pagi
Doktor sudah menapak masuk ke kelas dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.tajuk sebab penurunan ayat dan surah menjadi pilihan untuk mengajar pada hari ini.tiba-tiba fokusku sudah hilang kearah doktor yang sedang mengajar,perut terasa sakit dan ngilu ,tekakku pula terasa ingin meluahkan isi perut.Aku beristighfar di dalam hati “Ya Allah kuatkan hatiku “.hatiku berdoa.sedaya upaya mencari semangat.Ini mungkin aku tidak menyantap sebarang makanan pada pagi tadi.aku menarik nafas dan menghembuskan.alhamdulillah terasa hilang sedikit gementar,kesan kesakitan tadi.Aku cuba merisik ke dalam begku untuk mencari biskut yang selalu aku simpan jika berlakunya situasi kecemasan seperti ini ,mintak maaf guruku aku terpaksa menjamah makanan ketika cikgu mengajar dihadapan bukan sengaja.tapi terpaksa.“maafkan aku doktor”.Kerana perutku sudah tidak tahan lagi merayu-rayu meminta diisi.setelah secubit mungkin roti ang aku santap aku meneguk sedikit air.alhamdulillah rasa teresap tenaga dan kuasa baru dalam diri.fikiranku dan menerawang ke dunia lain.“erm.rasanya kelas lepas ini tak dapat aku hadiri “,hatku berbicara sendirian.Itulah aku pantang diuji sedikit pasti rasa lemah saja.
10.10Pagi
Doktor menamatkan kelas ,aku masih berada disitu,di kelas itu,di ruang itu disaat pelajar-pelajar arab lain berebut ingin menerobos keluar dari ruang kelas menerusi pintu yang agak sempit itu. apa yang diorang kejarkan entahlah,dan aku masih disitu menunggu dan mengharap ksakitanku beransur pergi .“Ya Allah kuatkanlah hatiku” hatiku tidak pernah berhenti berdoa.Tiba tiba mindaku mencongak tarikh pulang ke bumi Malaysia.aku harap aku masih tabah disini.perjalanku masih jauh.
10.35Pagi
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghadiri kelas seterusnya .saat aku menunggu nombor kehadiran aku dipanggil doktor aku berbual-bual dahulu dengan rakan setanah airku.Kali ini minda dan mataku sudah focus pada kelas.tapi agak kecewa sedikit apabila doktor tersebut mengajar dalam bahasa arab ammiyah agak sukar untuk aku fahami.Tidak mengapa teruskan mendengar mana mungkin suatu hari nanti aku akan faham juga.kepala masih lagi berdenyut ,pening dengan bauan orang arab.Mereka ini kalau bab bauan dan make up 1st class bukan itu sahaja keberanian mengangkat tangan untuk bertanya atau meluahkan pendapat memng sangat bagus tapi itulah setiap orang ada kelebihan dan ada kekuranganAkhirnya aku tutup kitab dan fokus sahaja apa yang doktor cakapkan.
11.25 pagi
Inilah rutin aku setiap hari di musim panas ini,kelas terakhir akan berakhir seawall tengahri sebelum jam menginjak ke angka pukul 12 tengahari.aku berjalan ke luar kelas.
Ahad, 1 Julai 2012
assalamualaikum.
kali ini tidak ada karangan panjang atau motivasi panjang yang aku nak nukilkan disini memandangkan waktu saya menulis dah hampir lewat .
aku hanya memenuhi permintaan seseorang supaya untuk buat update terbaru bagi blog ini
apapun penulis mahu sahabat doakan kesihatan sehingga saya pulang ke Malaysia pada awal bulan ogos nanti.
tiap hari saya menapak ke kelas kaki ini bagai longlai meniti hari bagaikan seperti lambat berjalan meniti waktu,tapi apakan daya mengapakah watu yang ingin disalahkan.dia tidak bersalah hanya mengikut aturan ALLAH
lebih kurang 19 hari lagi ramdhan akan menjelang dan aku juga akan melalui hari puasa tersebut ditempat orang jauh dari keluarga .
sungguh..!! dugaan melalui hari2 yang panas pada musim panas begini sungguh membawa dugaan yang sungguh kuat.INSYAALLAH disebalik kepayahan ini Dia akan beri yang terbaik pada kita suatu masa nanti.
pergi kelas ,balik kelas ,memasak, facebook,telefon mak guna weinak,kelas talaqqi. solat dan tidor.itulah rutin harian ku tiap hari.kadang2 masa aku dipenuhi dengan aktiviti bangun malam .bersama2 sahabat sefikrah.
oklah badan kurang sihat masih mengagahkan diri untuk menaip.pray for me ya sahabt semua.
# hati tenang bila kita selalu mngingati Allah.#
Sabtu, 14 April 2012
KISAH paku dan dinding
Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik apabila ada pihak yang ingin menceroboh kesucian agama dan akidah yang kita pegang.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah
kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram.
Jika berdiri duduklah
Jika duduk berbaringlah agar api kemarahan akan beransur hilang dan padam
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Terdapat sebuah kisah mengenai tabiat marah ini yang mana mengisahkan seorang ayah yang mempunyai anak yang mana anaknya tidak tahan dengan tabiat marahnya,maka pada suatu hari ayahnya menghadiahkan seguni paku kepada anaknya,berkata ayah
“jika setiap kali kamu marah ,maka kamu pahatkanlah paku ini pada dinding ,agar ia dapat meredakan perasaan marah itu,”
Maka setiap kali anak itu marah ,banyaklah paku yang dipahatkan di dinding sehingga beberapa hari ,berkuranglah paku yang ada padanya,maka dia bertekad ingin berusaha menahan marahnya.setelah sebulan lamanya maka hilang sudah rasa marahnya.maka dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada ayahnya.ayahnya sangat gembira,kemudian ayahnya menyuruh anaknya mencabut semula paku yag dipahatkan didinding,usai dia mencabut semua paku-paku tersebut ,maka ayah berkata kepada anaknya ,lihatlah kesan kesan paku yang ada pada dinding tersebut,berlubang –lubang bukan.maka itulah kesan marahmu pada orang yang kau buakkan rasa marahmu,amat berbekas.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Jumaat, 9 Mac 2012
assalamualaikum salam senyuman cinta buat sahabat semua yang saya kira mungkin sudah lama lupa dengan wujudnya blog saya ini.
setelah disibukkan dengan pelbagai komitmen akhirnya setelah hampir 10 bulan lamanya saya tidak mengemas kini blog ini
akhirnya ,ALLAH memberi kesempatan pada saya untuk menukilakan kembli apa yang berlaku sepanjang saya tidak meng"update" blog yang rasanya agak bersawang juga.
insyaALLAH selepas ini akan ada cerita serta penulisan yang saya akan kongsikan di blog ini.
akhir update ini saya doakan semoga semua sahabat berada dalam rahmat ALLAH yang esa dan semoga semua dipermudahkan urusan.
Langgan:
Catatan (Atom)