kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Isnin, 9 November 2009

PENTING!!

by Abu Umair

Baru-baru ini pada 30 September 2009,
berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan
gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi
gegaran di Jambi pada jam 8:52.
Gempa bumi yang malanda Indonesia kali
ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter.
Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan
beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan
besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.
Beberapa hari selepas tragedi gempa
tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan
waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran.


Persoalannya, bolehkah mengaitkan
secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa
bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan
nombor surah dan ayat Al-Quran?
Saya cuba membawakan beberapa fakta
yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan
nombor surah dan ayat Al-Quran.
1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16,
17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich
(Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem
waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota
Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.
Ini bermakna teori mengaitkan waktu
gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas
diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa
ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama
terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.
2- Teori mengaitkan waktu peristiwa
dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama
sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga
terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan.
Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam
mempunyai 60 minit.
Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran
ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang
langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24
surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan
kaedah ini.
3- Mengikut teori ini, angka jam
dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan
nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17
iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.
Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?
4- Jika teori ini benar dan bukannya
kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami
boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya
yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.
Atau sekurang-kurangnya dengan
mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka
setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan
memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.
Tetapi selepas membuat beberapa padanan
terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua
kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat.
Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan
antara ayat berkenaan dengan kejadian.
5- Kaedah-kaedah memadankan angka
samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk
mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian
berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September
sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka
seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku
pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami
Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.
Perlu difahami, ini bukan bermakna
dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran.
Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.
Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala
bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu,
melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum
Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak
bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula
bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada
kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
Jika diikutkan teori mereka, sampai
bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan
ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu
hanya mempunyai 24 jam sahaja.
Kesimpulannya, ambil lah iktibar
daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan
tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara
waktu dan nombor ayat Al-Quran.
Sekian.
----------------------------------------------------------------Ini adalah contoh-contoh yang paling digemari oleh orang melayu. Saya
juga banyak menerima emel-emel bertaraf sampah seperti contoh-contoh di
atas.
Gejala memadankan ayat-ayat atau bahagian-bahagian tertentu dengan
fenomena alam atau yang digelar ’sains’ oleh golongan ini dikenali
sebagai Bucailisme (merujuk kepada Dr Maurice Buccaile yang menulis
buku The Bible, The Quran and Science) seperti yang pernah ditulis oleh
Prof Shaharir M Zain. (bekas presiden ASASI Sains). Namun ramai juga
cerdik pandai kita yang terpengaruh dengan gejala ini.



Isnin, 2 November 2009

assalamualaikum..salam senyuman cinta kepada semua rakan2..sahabat..serta sapa2 jalahyg sudi membaca blog ini .kali ini dalam mode tension tp kegembiraan..bukan sekarang dah masuk examination week..so agak tertekan sedikit la almaklumlah kena la studi banyak2,klu nk diri berjaya tp..ad yang tak study boleh jawab dengn cemerlang dalam exam,hai cemburu betol.tp kena ingat jugak.usaha lif kejayaan.hah betol tak kawan2 semu.betol..betol..betol..hehe pandai pon.erm nk kongsi apa ag ya.ok nak tanya la pada kawan semua ,apa yang kita nak gelarkan pada seseorang kalau kita anggap dia seorang sahabat,depan kita cakap baik sangat .pijak semut pon x mati huhu.tapi apabila di belakang kita wah...bahagia dapat mengata kita.haish biasa la kan manusia erm..tp apapown..insaflah orang yang sebegini.oklah sudah la 2..gosip kat blog nh..sekarang ini saya haswani ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir..tidak kira dimana anda berada ya..jihad fisabilillah tuntut ilmu bukan untuk exam sahaja tapi untuk akhirat juga ya...k..
selamatttt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...