kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Selasa, 31 Julai 2012


Assalamualaikum dan salam senyuman cinta buat semua,apa khbar iman pada bulan ramadhan kali ini ,semoga iman kita dicaj dengan sempurna untuk menghadapi 11bulan yang mendatang bulan ini adalah bulan mentarbiyah diri kita,mengambil pesanan daripada seorang ulama' ,beliau mengatakan ramadhan ini bagaikan hujan bergantung pada diri kita nak menyediakan besar mana untuk menyambut bulan ramdhan adakah bekas sebesar tapak tangan atau sebesar tasik kenyir atau apa yang sewaktu dengannya.

alhamdulillah biah bulan ramadhan di Jordan sungguh seronok walaupun berjauhan dari tanah air tercinta tapi keseronokan melakukan ibadah bersama sahabat2 yangsefikrah sangat membuatkan diri ini rasa bersyukur kerana berada dibawah hodayah ALLAH .mungkin di Malaysia lebih femes dengan juadah berbuka puasa dimerata rata ,bahkan cukup popular dengan bazar ramadhan.

diriku hanya menhitung hari untuk pulang ke Malaysia hanya berbaki 10 hari lagi.hati dikuatkan seteguh karang dilautan ,kesihatan diri pon masih kurang stabil harapan pulang ke Malaysia buat treatement ,insyaAllah semoga dipermudahkan.

pengalaman pertama berpuasa diperantauan jauh dari keluarga tercinta akan ku simpan dalam peti kenangan yang terindah buat habuan anak2 suatu hari nanti.bukan senang kita nak bersakit sakit dahulu insyaALLAH moga nantikan allah kurniakan kesenangan.

mungkin boleh tadabbur sedikit dalam ayat dalam surah Al Baqarah

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu,allah mnegetahui sedang kamu tidak mengetahui"

final exam juga akan tiba beberpa hari lagi,semoga dipermudahkan urusan ketika peperiksaan nanti ,doakan daku sahabat semua

Sabtu, 14 Julai 2012


assalamualaikum serta salam senyuman cinta

apa khbar semua sahabat ok kot noh

bagaimana persiapan ramadhan kali ini,insyaAllah kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan paling ditunggu bagi orang yang dahagakan untuk beribadah.

Ya ALLAH berkatilah kami dibulan syaaban dan sampaikan kami pada bulan ramadhan

insyaallah saya akan menyambut bulan ramadhan di perantauan di Jordan sedang menanti kemeriahan orang arab jordan menyambut bulan ramadhan apa yang dapat saya lihat suasananya sekarang.sambutan mereka tidak seperti malaysia bila tiba bulan ramadhan hanya iklan raya tambah mega sale.apa apa ja la sale.yang penting saya bukan dapat pergi pun sale macam itu,

berbalik pada puasa

mari kita sama sama segarkan semula apa yang dimaksudkan dengan puasa nih

ok .dengar dan faham

puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar siddiq hinggalah terbenam matahari.

contoh:memasukkan sesuatu kedalam rongga badan.kemudian buat perkara yang sengaja macam muntah sengaja.

bukan itu sahaja saya pasti yang baca post saya ini semua dah besar panjang ,bahasa skemanya sudah matang mungkin dalam anggaran 20 an keatas kan.?

bab meneka penulis memang "expert" bahasa melayunya cekap sikit
"perasan lebih"

satu lagi pesanan kepada kaum hawa,jangan lupa habeskan puasa ganti anda yang dah lama terbengkalai.

kita jadikan ramadhan kita kali ini bagai madrasah tarbiyah buat diri kita.
banyak fadhilat di bulan ramadhan ni.

memandangkan tadi baru sahaja pulang dari seminar fiqh ramadhan bersama ustaz Farid Ravi Abdullah di bawah anjuran ISMA jordan.

nanti saya akan postkan gambar kemeriahan ramadhan di sini.

fadhilat itu akan disambung untuk entry seterusnya.

selamat imtihan buat warga irbid,jordan khususnya

#menghitung hari pulang ke Malaysia pulang ke pangkuan keluarga tercinta#

Isnin, 2 Julai 2012

doakan aku tabah


9.01Pagi

Aku ingin menapak ke kelas bersama adik serumahku,“erm,rupanyanya dia masih berada dirumah,hatiku berbisik sendirian tidak ke kelas katanya”.Aku hanya memandang dia yang hanya bermasam muka denganku ,entahlah apa salahku,hanya menegur dengan benda yang kecil,ya.mungkin salahku tidak mengeur dia dengan baik.

9.15 Pagi

Sampai sahaja di kelas terus aku mengambil tempat duduk ditempat yang biasa aku duduki ,menarik nafas seketika setelah keletihan menaiki tangga dan perjalanan dari rumahku ke universiti yang agak jauh ,bukan itu sahaja perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas“ini kalau ada basikal best nie,penat aih jalan ,kaki pon sakit,” hatiku bermonolog lagi.bermandikan cahaya matahari yang sangat tidak lagi segan silu meluahkan cahaya matahari yang sangat terik.pedih perit berjalan .hari ini aku berpakaian biru ,bertudung biru, warna kegemaranku .berkasut bertutup seperti biasa,sebelom sampai ke kuliah syariah.aku disapa teman lamaku.“hai,wani awat muka hang berkerut-kerut ja”sapa kawanku.Aku hanya mampu tersenyum.sebagai jawapan soklannya.Sementara menunggu doktor sampai aku menelek dulu buku dan tajuk yang ingin diajar doktor sebentar lagi.kerana pagi tadi aku tak sempat menelaah sedikit pon.

9.20 Pagi

Doktor sudah menapak masuk ke kelas dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.tajuk sebab penurunan ayat dan surah menjadi pilihan untuk mengajar pada hari ini.tiba-tiba fokusku sudah hilang kearah doktor yang sedang mengajar,perut terasa sakit dan ngilu ,tekakku pula terasa ingin meluahkan isi perut.Aku beristighfar di dalam hati “Ya Allah kuatkan hatiku “.hatiku berdoa.sedaya upaya mencari semangat.Ini mungkin aku tidak menyantap sebarang makanan pada pagi tadi.aku menarik nafas dan menghembuskan.alhamdulillah terasa hilang sedikit gementar,kesan kesakitan tadi.Aku cuba merisik ke dalam begku untuk mencari biskut yang selalu aku simpan jika berlakunya situasi kecemasan seperti ini ,mintak maaf guruku aku terpaksa menjamah makanan ketika cikgu mengajar dihadapan bukan sengaja.tapi terpaksa.“maafkan aku doktor”.Kerana perutku sudah tidak tahan lagi merayu-rayu meminta diisi.setelah secubit mungkin roti ang aku santap aku meneguk sedikit air.alhamdulillah rasa teresap tenaga dan kuasa baru dalam diri.fikiranku dan menerawang ke dunia lain.“erm.rasanya kelas lepas ini tak dapat aku hadiri “,hatku berbicara sendirian.Itulah aku pantang diuji sedikit pasti rasa lemah saja.

10.10Pagi

Doktor menamatkan kelas ,aku masih berada disitu,di kelas itu,di ruang itu disaat pelajar-pelajar arab lain berebut ingin menerobos keluar dari ruang kelas menerusi pintu yang agak sempit itu. apa yang diorang kejarkan entahlah,dan aku masih disitu menunggu dan mengharap ksakitanku beransur pergi .“Ya Allah kuatkanlah hatiku” hatiku tidak pernah berhenti berdoa.Tiba tiba mindaku mencongak tarikh pulang ke bumi Malaysia.aku harap aku masih tabah disini.perjalanku masih jauh.

10.35Pagi

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghadiri kelas seterusnya .saat aku menunggu nombor kehadiran aku dipanggil doktor aku berbual-bual dahulu dengan rakan setanah airku.Kali ini minda dan mataku sudah focus pada kelas.tapi agak kecewa sedikit apabila doktor tersebut mengajar dalam bahasa arab ammiyah agak sukar untuk aku fahami.Tidak mengapa teruskan mendengar mana mungkin suatu hari nanti aku akan faham juga.kepala masih lagi berdenyut ,pening dengan bauan orang arab.Mereka ini kalau bab bauan dan make up 1st class bukan itu sahaja keberanian mengangkat tangan untuk bertanya atau meluahkan pendapat memng sangat bagus tapi itulah setiap orang ada kelebihan dan ada kekuranganAkhirnya aku tutup kitab dan fokus sahaja apa yang doktor cakapkan.

11.25 pagi

Inilah rutin aku setiap hari di musim panas ini,kelas terakhir akan berakhir seawall tengahri sebelum jam menginjak ke angka pukul 12 tengahari.aku berjalan ke luar kelas.

Ahad, 1 Julai 2012

assalamualaikum. kali ini tidak ada karangan panjang atau motivasi panjang yang aku nak nukilkan disini memandangkan waktu saya menulis dah hampir lewat . aku hanya memenuhi permintaan seseorang supaya untuk buat update terbaru bagi blog ini apapun penulis mahu sahabat doakan kesihatan sehingga saya pulang ke Malaysia pada awal bulan ogos nanti. tiap hari saya menapak ke kelas kaki ini bagai longlai meniti hari bagaikan seperti lambat berjalan meniti waktu,tapi apakan daya mengapakah watu yang ingin disalahkan.dia tidak bersalah hanya mengikut aturan ALLAH lebih kurang 19 hari lagi ramdhan akan menjelang dan aku juga akan melalui hari puasa tersebut ditempat orang jauh dari keluarga . sungguh..!! dugaan melalui hari2 yang panas pada musim panas begini sungguh membawa dugaan yang sungguh kuat.INSYAALLAH disebalik kepayahan ini Dia akan beri yang terbaik pada kita suatu masa nanti. pergi kelas ,balik kelas ,memasak, facebook,telefon mak guna weinak,kelas talaqqi. solat dan tidor.itulah rutin harian ku tiap hari.kadang2 masa aku dipenuhi dengan aktiviti bangun malam .bersama2 sahabat sefikrah. oklah badan kurang sihat masih mengagahkan diri untuk menaip.pray for me ya sahabt semua. # hati tenang bila kita selalu mngingati Allah.#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...