kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Isnin, 27 Jun 2011

Hayati Roh Isra' mikraj



Assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua.

Esok 27 REJAB (terbenamnya matahari 28/6/11) merupakan hari yang begitu bersejarah dalam ISLAM di mana berlakunya Isra' mikraj..

Solat 5 waktu menjadi satu resolusi perjumpaan Nabi yang kita sayangi,Nabi Muhammad s.a.w dengan Tuhan yan Maha Satu,ALLAH.Imam Ghazali pernah berkata bahawa kita bukanlah umat ibadah selari dengan pentaklifan hanya 5 waktu solat sahaja ditaklifkan,bukan sepertimana umat2 terdahulu yang mana merupakan umat ibadah,tapi menurut imam Ghazali,kita merupakan umat dakwah,menyeru kepada kebaikan dan membanteras kemungkaran.

Justeru,sempena Isra' mikraj yang menjadi saksi ini,ana minta sahabat2 sekalian,ayuh kita sama-sama muhasabah diri kita,sejauh mana telah kita berkhidmat untuk ISLAM,apakah kita dapat mengecapi redhaNYA,apakah tindak-tanduk kita selari dengan ISLAM...sama-sama kita fikirkan..



Ahad, 26 Jun 2011

Tudiaa....

Assalamualaikum dan salam senyuman cinta kepada semua peembaca blogku semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..(^_^),
kali ni tak ada apa yang nak diceritakan cuma saya nak kongsikan sedikit gambar gambar yang saya dapat dari google imej,jadi bila teringat warna kuning macam teringat sesuatu,apa benda ya,,?? bukan demam kuning ya..!! hehe
mari kita layan gambaq2 ini semua.entry ini tiada kaitan antara hidup dan yang mati jika ada persamaan mungkin kebetolan saja tue...peace yo..(trademark sepah) saja ja..





wah sejuknya mata memandang tengok padi pon bewarna kuning,prinsip padi semakin semakin berisi semakin tunduk,maksud dia..kalu dah kaya jangan dok sombong...



manisnya rambutan nih...haa makan rambutan banyak tak pa..jangan terlenih durian..klu nk makan banyak kena prepare ayaq kaki tiga ,alaa ayaq badak tue..



ni kepala gading ..eh clap kelapa gading..ini airnya dia boleh jadi ubat sejuk badan.



ini pulak buah pisang takkan x kenal plak kan,,pisang ini memberi anda tenaga..banyak khasiat nih...


sunflower...sungguh indah di mata...kat mana tak taw ni..cantik nih..klu ada kebun bunga camnih,bleh la kot buat perusahaan makanan kuaci...hehe





buah mangga ni banyak masa musim dia dlu..skang dah musim durian..jarang nampak dah..takpa insyaALLAH tahun depan pulak.


buah jagung pun banyak khasiat jugak,tapi kalu makan banyak kena hati hati jgak..tapi jagung korea sedap berbanding jangung Malaysia.maniss aja.



spongbob squarepants...kegemaran kanak2,,tapi apapon jangan sampai overdost kartun ja ,takot nanti terpengaruh,kalu tiru yang dia suka tolong orang tak apa...(^_^)

sekian sahaja ..sekali lagi diingatkan entry kali ini tak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati.

Jumaat, 10 Jun 2011

Hikmah disebalik ujian ALLAH keatasku


Assalamualaikum dan salam senyuman cinta ,apa khabar sahabat sekalian semua, semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa
.Sepanjang hidup kita tak akan pernah lari dari ujian.sesungguhnya ujian yang Allah berikan keatas kita ,Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya dan seseungguhnya Ujian itu merupakan tanda bahawa yang Dia sayang kepada semua hambaNya.bersangka baiklah kepada Allah.bukan itu sahaja,setiap ujian ALLAH itu mempunyai hikmah tersendiri.jangan ce[at melatah ketika ujian menimpa kita,bersabar sesungguhnya orang yang bersabar mendapat tempat tertinggi disisiNya.



sesungguhnya taqdir Allah ‘Azza wa Jalla terhadap manusia itu ada yang bersifat menyenangkan dan ada yang bersifat menyakitkan.
Taqdir yang bersifat menyenangkan perlu ada rasa syukur, sedangkan syukur itu sendiri termasuk dari ketaatan, . Adapun taqdir yang bersifat menyakitkan; yaitu yang tidak menyenangkan manusia, seperti seseorang yang diuji pada badannya dengan adanya rasa sakit atau yang lainnya, diuji pada hartanya –yaitu kehilangan harta, diuji pada keluarganya dengan kehilangan salah seorang keluarganya ataupun yang lainnya dan diuji di masyarakatnya dengan difitnah, direndahkan ataupun yang seumpamanya.
Semua ujian itu sangat memerlukan segunung kesabaran dan persediaan menanggung bebannya, maka seseorang harus menahan jiwanya dari apa-apa yang diharamkan kepadanya dari menampakkan keluh kesah dengan lisan atau dengan hati atau dengan anggota badan.
Allah berfirman:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)



saya mengalami kemalangan 3 hari sebelum peperiksaan Akhir semester akhir bermula.pada masa tue tak terungkap dengan kata kata kerisauan ,itulah minggu ulangkaji orang belajar saya balik rumah .saya balik rumah sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikan jadi terpaksalah balik.Alhamdulillah Allah selamatkan dari kecederaan yang teruk hanya cedara ringan, semua jari jemari sebelah KANAN saya patah .seperti yang sahabat tengok didalam gambar diatas.begitulah rupanya.didalam kepala tak fikir benda lain dah hanya fikir macamana nak menulis dalam exam ja.

Setelah dua bulan berlalu,baru saya terfikir hikmah disebalik apa yang berlaku keatas diri saya.
Yang pertama
Sebelum balik ke kampus,malam tue pergi berjumpa dengan tukang urut dia urut dan perbetulkan jari jari yang patah ini.kemudian mak cik tu berpesan suruh pantang makan makanan yang berminyak,makan makanan yang manis,ayam,makanan berempah,minuman sejuk.haa disinilah hikmahnya,sepanjang minggu peperiksaan berjalan saya hanya minum air masak 3 botol sehari lain daripada hari2 biasa la kiranya,kemudian hanya makan makanan yang bersup.nak pastikan otak kita cergas kan kena banyak minum air,Alhamdulillah badan saya sihat sepanjang minggu exam.
Yang kedua
Saya ini adalah seorang yang tergopoh gapah jadi kalau macam jawab soalan tue kan mesti nak cepat cepat siap kemudian nak keluar awal dari dewan exam konon dah pandaila siap awal kan..(isk2)..bukan tahu jawapan sangat.(haha)jadi bila tangan dah sakit nie.terpaksalah lambat tulis dan semasa lambat menulis tue rrupanya banyak idea idea bernas yang datang berbanding saya tulis cepat.alhamdulillah.keputusan exam pon gempak.semuanya ada telah dirancang dengan baik .ALLAH adalah sebaik perancang.
Yang ketiga
Walaupun susah nak hidup dengan mengunakan tangan kiri sahaja sekurangnya tangan kiri saya dah semakin pandai menyelenggara dan membuat kerja walaupun bukan kidal ,macam menulis,saya dapat rasai macamna orang yang kekurangan sebelah tangan.alhamdulillah
,sebelum tue wani nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang berkenaan yang banyak membantu sepanjang tangan wani dalam keceraan.terutamanya my lovely ex-roomate tolong iron baju segalanya la.munirah tolong angkat buku dan keperluan exam,kak nana tolong sepanjang jadi housmate,iffah tolong angkat barang yang berat,terima kasih pada semuaaa.semoga ALLAH sahaja yang membalas budi kalian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...