kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Khamis, 30 Disember 2010

orang Yang Terasing

Pernahkah anda berasa terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketahuilah buat mereka yang rasa terasing ini, sesungguhnya Rasulullah SAW memberi khabar berita gembira buat anda.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing" (HR Muslim





http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/orang-yang-terasing.html

Ahad, 12 Disember 2010

cinta ibarat menunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

ttp://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4486

Jumaat, 10 Disember 2010

berdoalah,hanya sebentar.

Dalam kehidupan ini berbagai cabaran yang akan lalui tidak kisahlah walau seorang budak tetap mempunyai masalah.sudah menjadi kelaziman fitrah manusia begitu didatangkan masalah adalah menunjukkan tandanya ALLAH sayangkan seorang manusia agar manusia itu berbalik pada fitrah manusia iaitu memohon pertolongan kepada tuhannya.
Berdoa adalah suatu usaha yang minimum tapi hasilnya melebihi apa yang kita usahakan.kita hanya perlu menadah tangan dan berdoa mengeluarkan bait bait kata disebalik masalah yang dihadapi ,berdoa dengan sepenuh hati dan dan berdoa dengan sesungguhnya dan berharap agar doa dimakbulkan adalah satu syarat kita berdoa.bukan hanya mulut hanya menyebut tetapi hati tidak memahami isi doanya apa yang didoakan.doa adalah senjata para mukmin,Firman Allah :
            
. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Doa juga hanya mengambil masa beberapa minit sahaja,daripada kita menyanyikan sebuah lagu baik kita berdoa ada juga kebaikannya.doalah kepada umat islam di seluruh dunia,insyaALLAH dengan doa kita semua umat islam akan hidup secara aman.himah kita berdoa ialah dapat melindungi diri kira daripada hasutan syaitan,dengan berdoa juga,kita dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah .berdoalah kepada Allah yang satu.Dia adalah tuhan yang Esa tiada Tuhan selainNya,
Doa juga merupakan penawar yang paling mujarab bagi segala penyakit yang ada diri manusia tidak kiralah penyakit zahiriah atau penyakit lahiriah.doa juaga mengikat tali persaudaraan anatar sesame manusia.contohnya seorang sahabat mendoakan sahabatnya,seorang suami mendoakan isteri.bersabda rasulullah.
“Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)”
Doa juga boleh menghubungkan seorang anak dan ibubapanya yang sudah meninggal dunnia.ibubapa menharapkan doa dari anak yang soleh auntuk mendoakan kesejahterann mereka didalam kubur.pelbagai jenis doa yang ada contohnya doa sebelum makan.doa selepas makan.jadikan doa sebagai tabiat dalam kehidupan seharian kita.

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

sumber:http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html

Rabu, 1 Disember 2010

SELAMAT KEMBALIII....!! DENGAN NAMA BARU

assalamualaikum dan salam senyuman cinta....sudah sekian lama tidak mengupdate blog..penulis dah ubah sikit untuk menghilangkan kebosanan akibat memandang latout yang sama sahaja,apa khabar sahabat semua..?? sihat..prnulis doakan agar semua sahabat berada dalam keadaan gembira..klu ada yang perkara yang tak gembira anggaplah ia menjadi perencah dalam resipi kehidupan kita yang penuh dengan dugaan ni..sesungguhnya manusia yang sedang diuji iu amatlah disayangi Allah.
penulis baru sahaja tamat menduduki peperiksaan akhir semeter lima,mcm2 dugaan dihadapi ketika peperiksaan akhir berlansung dengan ketiadaan akhir..wah..dugaan2...dengan berakhirnya peperiksaan akhir itu..maka berakhir lah sesi pengajian penulis pada semester hanya tinggal satu semester..diri penulis dah mula mencongak hari dan mencorak masa depan..apa pown kita mampu merancang ALLAH yang menentukan ,kerana DIA adalah sebaik perancang..
by the way..inilah my new character blog....ALPALASI de gaoxing....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...