kalau rasa menarik like,tiada paksaan

sapa yang sudi ikut la

Khamis, 30 April 2009

alhamdulillah exam dah abes...

assalamualaikum.....
alhamdulillah pada hari khamis 30 hb april maka tamatlah..peperiksaan akhir...
setelah beberapa hari berjuang dari segi fizikal dan mental..
maka tamatlah...bukan nk berhenti berjuang....tp perjuangan akan disambung pada semester hadapan....
sekarang ana mendoakan agar ana mendapat kejayaan yang cemerlang..
rezeki adalah kurniaan Allah s.w.t...mohonlah kepadaNya....
sesungguhya pada ALLAH kita mengadu kegembiraan dan juga kesusahan....dan Dia lah sebaik baik tempat mengadu...
wah bestnyer dapat balik kampung dah tak sabar rasanya...
hurm...balik kampung sendiri mestilah seronok betul tak..??
hurm...dah tak taw nak tulis apa dah kt blog nih...
jadi sahabat semua..
ana ucapkan selamat berjaya dan selamat bercuti
dan menempuh hari yang mendatang dengan gembira dan ceria selalu....
dan jumpa lagi semester hadapan
.....senyum selalu....

Sabtu, 18 April 2009

sandaran cinta pada siapa......???

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Jumaat, 17 April 2009

DAKWAH itu Indah......


yang ni plak muslimin dakwah....


wahh...masyaALLAH...bakal dai'e nh...dah ad gaya tue


erm saper nk jadikan bakal abg ipar ke suami ka..

boleh la pilih nh....

tampan lagi tawadhuk ag....





ni pulak muslimat dakwah.....




hurmm...semua ceria2 dan comel2 nh....




boleh la pilih nak wat calon isteri yg mana satu nh...ader 20 orang nh...











ini gambar ana bersama kumpulan ana dalam subjrk mutalaah wa ta'bir.time ni kumpulan kami diberi tugasan debat bahasa arab,...



marilah saksikan kenangan ana bersama budak2 dakwah pada sem nh..








kenangan terindah...








ada yg pahit....ada yg manis...ada yg masam...ada yg masin ...eh ada ka...??ish2...(nada kesal)...
ana berharap sahabat ana dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang dan sukses ya..!
insyaALLAH....
.........MAN JADDA WAJADA MAN ZARA'A HASHADA .....
DAKWAH BOLEH...!!!
chaiyok...!!chaiyok....!!


















Khamis, 16 April 2009

nak bagitau sikit ..bila dah nak exam nih...

Assalamualaikum warahmatuLLAH..Sekadar renungan..

Jika :A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

ialah :1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka,Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% jer... 2% lagi ilang ke mana?
Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% jer??Luck = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

(Kengkadang org pikir nih yg penting)Abis?! apa yang boleh buat 100%? kekayaan?
pangkat? ...tidak sama sekali... setiap soalan mesti ada jawapannya...

untuk mencapai kecermelangan,kita hanya perlu maju selangkah lagi...

ianya adalah...

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%Good luck!!

Sabtu, 11 April 2009


salam semua....

pada hari yang cerah dan bercahaya nie ana nk ceritakan sikit pengalaman ana pi ke kursus birotatanegara.kursus tersebut bertempat di negeri ana kat kedah iaitu kat kem bina negara langkawi...


kem ni disertai mahasiswa dari universiti darul iman dan universiti malaysia terengganu.seramai 80 orang...masa kami pergi tolak sama sekali dengan umt,almaklumlah dekat.kami tolak dari terengganu lebih kurang pukul 10 malam dan sampai kat jeti kuala perlis lebih kurang pukul 6 pagi.


masa kat jeti plak,kami tunggu sampai pukul 10 pg,baru la boleh naik feri.sampai kat jeti pulau Langkawi pukul 11.lpas tue tolak pi tempat kursus stngh jam mcm 2 laa.sampai kat sana macam nak tido jer.yer la penat perjalan dah ambil masa sehari dah tue.kat kem tue sumer benda kene wat sendiri bekas makanan basuh sendiri.termasuk sekali dengan fasilitator kena basuh sendiri jugak kalau tak adil la kalau pserta jer yang buat ....best laa..


masa mula mula tue sumer orang mcam malu2 jer,biasa ler tue sumer tak kenal lagi.yang satu u pun tak kenal apatah lagi kawan dari u lain.kami dibahagikan pada enam kumpulan.setiap kumpulan ader 12orang.ana kumpulan yang keenam.semua dibahagikan kepada asrama masing.ana tinggal kat asrama pulau duyung.tak payah pi pulau duyung duduk kat kem pun dah sampai.


ingat lagi ana punya bilik kena ceroboh dengan sekumpulan kera.wah ribut satu bilik satu maklumlah kera 2 ambik sumer makanan dalam bilik 2.masa program tue sumer orang disuruh membiasakan diri untuk bercakap kat depan. masa tue macam style ada yang tak terkeluar suaranya pun ada .yang terlebih semangat pun ada wah,memang best la.bila ana balik dari kem macam ada semanagat baru.


apa pun nk pergi lagi klu ada peluang tuk pi kem tue..

kerana cinta....

cinta.....
satu perkataan yang tidak asing lagi bagi semua manusia.kadang -kadang cinta boleh mengembirakan dan kadang-kadang cinta boleh mengsengsarakan manusia,hanya manusia yang tahu memberikan cinta dan menggunakan sahaja yang merasai ni'mat cinta....

cinta....
aura cinta dapat merawat hati yang luka.walaupun kita sengsara tp cinta boleh membahagiakan kita. cinta yg sejati hanya cintakan illahi cintakan ibubapa tulus suci dan abdi...cintakan sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

cintailah pada orang yang selayaknya..
cinta kepada insan hanya sementara....cinta kepada ALLAH selamanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...